Wednesday, 15 April 2015

CERITA KITA

Assalamualaikum warga dunia :) Eika nak tanya siapa yang dah tengok "Fast and Furious 7"? comment Eika untuk cerita ni... daebak! memang terbaik dan tidak dinafikan. walaupun ada beberapa adegan yang tidak masuk dek akal tapi value on this movie memang dapat disampaikan kepada semua penonton.


sebenarnya Eika tak pernah pun tengok cerita ni. even tv3 selalu sangat dok tayang cerita fast and furious yang lama, Eika tak layan pun. entahlah maybe Eika tak berapa nak minat sangat kot. tapi yang terbaru ni memang terbaik dan terasa nak pergi tengok lagi sekali. haha bak kata sepupu Eika "pergi tengok sekali tak puas" dan kawan Eika post kat moment ,dan ia berbunyi begini "biar kereta mahal musnah, jangan family yang musnah." baiklah sampai disini sahaja cerita mengenai fast and furious, kalau korang nak tahu sangat cerita dia macam mana pergilah cinema yang berdekatan dengan anda. haha

hari isnin yang lepas (06/04/2015) kawan-kawan Eika dok dumdam2 kat dalam whatsapp group dan mengatakan nak keluar jalan-jalan. pada permulaannya kawan kitorang nak pergi wangsa walk then Eika cakaplah kat dia

"ha wangsa walk?" -Eika
"habis tu klcc? okay semua hari rabu ni tengok wayang kat klcc." -baz

eh eh dia ni. haha orang belum bagi kata putus lagi kot. semua pun menurutlah. nasiblah baik hari rabu tu Eika cuti kerja so bolehlah Eika keluar jalan-jalan dengan dorang tapi kalau tak dapat cuti Eika no show je. haha jangan contohi saya. penat kot kalau hari-hari kerja, I need a rest then I got it


08/04/2015 adalah tarikh yang telah ditetapkan untuk team gorjes mengadakan pertemuan di panggung wayang klcc. haha team gorjes itu adalah nama whatsapp group kitorang tapi sebenarnya kitorang takdelah gorjes mana pun. kitorang ni semua yang biasa-biasa je dan kitorang ni nampak macam budak hingusan je. haha. umur kitorang antara 20-21 tahun pada tahun ini.


kenapa ada dua je? ermmm ..orang pertama yang terdatang awal adalah kak jas ngan baz. disebabkan dorang datang awal, kawan kitorang yang kerja kat boost pun belanjalah dorang air. untung dorang. dah rezeki datang depan mata. time dorang da ada kat klcc, Eika still terlontang lagi kat ruang tamu sebab penat sangat baru balik dari cheras, ada hal yang harus diselesaikan. yang paling kesian sepupu Eika sebab dia kena tunggu Eika selama satu jam. haha. maafkan saya ye.

pic lepas balik dari cheras. dua-dua buat muka penat

Eika dengan linda sampai kat klcc pada pukul 2.30 petang macam tulah. kitorang berdua ni dah terlebih bersemangat berlari nak kejar dorang kat tingkat dua, time kitorang dah naik eskalator tingkat 2 tiba-tiba ternampak dorang berempat turun kat bawah. -_-"
kitorang dah berusaha pergi kat korang tapi korang lari pulak. hahha haiyo. bukan apa segan sebenarnya nak turun balik kalau dah naik ni. ermm faham-faham sendirilah.


ni pic pertama kitorang sebelum masuk kat wayang. tu pun masa nak ambil gambar macam malu-malu kucing. lepas ambil pic je kitorang terus bla sebab apa? sebab ramai yang dok tengok kitorang. hahaa jadi tumpuan kot. then kitorang buat haluan masing-masing. hasan dengan husna dok kat luar klcc jap, dorang dating berdua  dan kitorang yang lain ni pergi kat cold storage sebab  nak teman Eika beli susu coklat. haha yang belinye seorang yang masuknya 4 orang. haha..


tiket wayang mestilah disimpan sebagai kenangan. :p
lepas tengok wayang semua beli makanan untuk mengisi perut yang kosong. Eika beli sizzling sebab dah lama teringin nak makan tapi tak pernah dapat. 

marilah Eika mempersembahkan beberapa gambar untuk korang. Eika yang pakai shawl corak butterfly ye, saje bagitahu.










actually gambar kitorang banyak tapi ni jelah yang Eika sajikan untuk korang.

conclusion untuk cerita ini ialah semua kejadian Allah telah aturkan sebagai contoh kalau korang nak tahu kitorang tak merancang atau tak sangka yang kitorang akan berjumpa dengan adik-adik kitorang ni.  dah lebih setahun tak jumpa dorang. bagi yang berkenaanlah. see, setiap pertemuan pasti ada hikmahnya. pertemuan kitorang dah macam reunion atau nak lagi sedap pertemuan keluarga yang terpisah. sekian terima kasihh :)

#GambarSyiokSendiri #TakdeRupaLangsung


No comments:

Post a Comment