Assalamualaikum semua :) Eika rasa semalam Eika ada post something. kalau ada masa yang free tu, bacalah ye. masa tengah menulis entri ni Eika tengah dengar lagu good boy daripada gd & taeyang. korang minat kpop? hihii kalau minat, kita sama. ^_^
actually entri kali ini adalah throwback time Eika still semester 5 iaitu ia berlaku pada bulan Mac yang lalu. baru sebulan berlalu. so boleh dikatakan still fresh lagi daripada ladang. :p
aktiviti ni memang Eika tak dapat nak lupakan kerana aktiviti ini merupakan assessment kitorang untuk subjek BM Pra-Sekolah.. Kitorang buat aktiviti ni seminggu before exam. nampak tak betapa tak sempatnya kitorang nak completed kan assessment kitorang sampai mengganggu study week. but that's okay, demi mendapatkan carry mark yang terbaik maka kami korbankanlah satu hari study week kitorang. satu hari je pun, janganlah kedekut sangat. nanti dapat carry mark sikit korang merungut panjang-panjang pulak. manusia ini mempunyai pelbagai ragam yang memeningkan kepala.
kelas Eika ditugaskan untuk mengecat bilik untuk kanak-kanak yang berumur diantara 3 tahun dan 4 tahun kot. ermm I'm not sure tapi lebih kuranglah. kitorang satu kelas dah decide yang kitorang akan hiaskan bilik tu mengikut theme. nak tahu theme kitorang ape? jeng jeng jeng..
.
.
.
.
yeah we got 4 seasons theme. kitorang dah divide kumpulan dan ia dibahagikan kepada 4 kumpulan. group Eika iaitu group bawang merah bawang putih (combination between group mawar berduri and tania katsura) dapat musim panas. dalam satu group mempunyai 10 orang ahli.
sehari sebelum hari kejadian, setiap kumpulan harus hantar seorang wakil untuk pergi bersama-sam lecturer untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk masa kejadian. totally yang pergi adalah 4 orang sahaja termasuk Eika tapi campur dengan lecturer jadi 5 lah. but on that day, Eika ajak kawan Eika iaitu Syaza. haha dia laju je kata setuju.. haha terima kasih sudi teman. :) inilah destinasi beli-belah kami.
macam-macam yang kitorang beli tapi kena beringat jugaklah bajet tu takut tak cukup. kalau tak cukup sape nak tambahkan? -_-" apabila barang yang dikehendaki telah dapat, kami pun pulanglah ke rumah masing-masing. penat satu hari tu, pagi belajar kat kolej, petang tu shopping untuk keperluan keesokan harinya dan malam pulak study.. tapi takpelahh demi masa hadapan juga :)
pic ini telah diambil setelah penat mengecat. actually Eika nak selfie sensorang, tiba-tiba dorang berdua ni nampak. dorang ajak selfie sekali. hahaa layan jelah. kitorang yang tengah duduk kat luar I-care bukannya tak buat kerja ye. kerja cat mengecat tu biarlah pakar yang buat, bagi kami-kami yang tak berapa nak pakar ni biarlah buat persediaan untuk kerja tampal-menampal pula. jika yang tiada kepakaran untuk mengecat Eika konfem akan jadi macam ni
tapi ini merupakan satu pengalaman buat Eika yang tidak pernah mengecat. haha habis seluar, baju, selendang dengan muka kena cat. biasalah budak baru nak belajar, semua jadi comot. xD
ini sahaja yang mampu disajikan pada hari tersebut. kelaparan uii.. dapat makan nugget, agar-agar dengan air koktail untuk cover makan kami pada waktu pagi, tengah hari dengan petang. nasib baik Eika jenis yang dapat tahan lapar. alhamdulillah masih ada makanan untuk disantap. amin.
marilah Eika pendekkan cerita mengenai kejadian tersebut. setelah kami semua berhempas pulas, bermandi peluh inilah hasilnya.
msuim bunga
musim luruh
musim sejuk
musim panas (matahari tidak kelihatan)
Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan before maghrib. dan tahniah kepada semua yang involved dan berjaya mendapat full mark atas usaha korang sendiri. even nampak simple, tapi kalau korang tengok sendiri bilik tu, korang akan rasa tenang. percayalah. mungkin sebab pemilihan warna yang tepat. Insya-Allah kita akan bertemu lagi. :)
No comments:
Post a Comment