Sunday, 29 March 2015

SATU KENANGAN 01

Assalamualaikum semua. sepatutnya harini Eika kena study sebab esok exam subject English Pre-School. bukan malas nak study tapi time-time camni terasa nak tengok tv pulak. tambahan pulak kat astro ada cerita kartun, kita layan jelah. haha mesti korang fikir "ni kes malas sebenarnya"


hihii.. no comment.. actually harini Eika nak kongsikan kat korang barang-barang yang menjadi kenangan pada Eika. beginilah bermulanya kisah
.
.
.
.
.

hari jumaat lepas sebelum tunggu siaran runningman kat channel 393, tetiba diri ni terasa rajin nak kemas barang-barang kat dalam kotak. then masa buka kotak tu, Eika tengok banyak barang yang nostalgia gitu. fuyohh menggamit memori.. meh sini Eika ceritakan satu persatu. harap-harap tak bosanlah ye.


cer teka siapa bagi Eika benda ni? benda ni kalau korang buka, ia akan mengeluarkan muzik yang boleh dikatakan romantiklah jugak. haha.. yang sebenar-benarnya benda ni bukan dari boypren ka ex-boypren ka kawan lelaki ka tapi kawan Eika yang bagi time birthday Eika. kawan Eika tu sebenarnya perempuan. dia belikan untuk kawan dia benda yang sama okay. kiranya dia bagi kawan dia hadiah yang sama biar sama rata dan adil. ha tu baru betul kalau nak bagi hadiah kat kawan-kawan. tapi Eika tak ingat hadiah ni time form berapa. nama beliau yang memberikan hadiah ini ialah Nor Syahirah ^_^


ha yang ni pun hadiah birthday jugak. Eika rasa korang dah dapat agak yang ni hadiah birthday sebab ia ada tertulis "happy birthday" disitu. haha. hadiah ni Eika dapat daripada Nur Zahidah iaitu kawan dan jiran sebelah lorong Eika. yang Syahirah tu pulak jiran sebelah rumah Zahidah. dekat kan rumah kami? tapi sayang kitorang jarang jumpa sebab semua busy ngan study. Zahidah ni dia study kat kolej Cheras. Syahirah dengan Eika pulak satu kolej kat Gombak tapi jarang berjumpa. sebab apa? sebab kitorang lain course dan lain masa lain.


benda ni Eika akan ingat untuk seumur hidup Eika. apakah sebabnya? begini kisahnya. Eika ni merupakan full-time student and part-time crew mc donalds kat klcc. Eika dah lama kerja kat mcd kat klcc tu, emm sejak habis spm. Eika kerja sebab nak cari pengalaman dan cari duit tambahan. cerita dia panjang sebenarnya, meh Eika pendekkan cerita ini. haha. boleh dikatakan hidup Eika ni takde rehat. setiap kali hari jumaat lepas habis kelas Eika akan pergi kerja around pukul 2-3 petang tu Eika masuklah kerja. kisah ni time bulan puasa. kalau tak salah Eika nak pergi tandas klcc tapi sebenarnya Eika nak call cousin. Eika cakaplah kat dia yang Eika rindu kat mak ngan ayah Eika kat rumah sebab tak dapat nak berbuka bersama. perghh melelah air mata. dah lepas on the phone ngan dia, Eika duduklah kat kerusi ni. Eika tak perasan ada mak arab kat sebelah. entah sejak bilalah dia ada kat situ. air mata tetap meleleh ni tetiba mak arab ni tegur Eika. dia tanye kenapa menangis. untuk pengetahuan awak-awak disana she ask me in English tapi Eika translatekan jelah ye.

"kenapa menangis?" -mak arab
"haha takde pape" -Eika

dia keluarkan sesuatu daripada beg tangan.

"nah ambiklah ni, saya bagi" -mak arab
"ha?" -Eika
"gunalah benda ni ketika nak berzikir kat mana-mana. anggap je ni tasbih" -mak arab
"ha ..oh terima kasih" -Eika

then dia tersenyum kat Eika. senyuman dia serius manis sangat. Eika tak tipu. dia still muda. sebenarnya Eika dapat rasa yang benda ni mak arab tu baru je beli sebab masih berbungkus rapi tanpa ada kesan dibuka lagi. pergh Eika rasa terharu yang amat sangat. first time foreigner yang Eika langsung tak kenal dan tak pernah tahu memberikan kat Eika sesuatu yang sangat berharga. thank you for giving me this. I will always keep this watch and remember you for the rest of my life. thanks a lot.


button smile ni cikgu hensem yang bagi. dia kata sebagai kenang-kenangan. dia practical kat sekolah Eika time form 4 2011, empat tahun yang lepas. dia masuk kelas kitorang sebab dia ganti cikgu kitorang pi bersalin. dia tu memang hensem sampaikan ramai yang melting. haha bila dia mengajar tu, yang perempuan ni tak focus kat apa yang dia ajar pun. kitorang focus kat dia je. haha. jangan salah faham kitorang gurau-gurau je. sebab cikgu tu baik, so kitorang amik mood dulu sementara dia masih mengajar kat kelas kitorang. cikgu kitorang yang bersalin tu baik, just garang yang tersangat sampai kitorang satu kelas kecut perut. haha takpe kenangan time sekolah. cikgu lelaki uh dah kahwin. lawa isteri dia. sepadan sangatlah dengan dia. terima kasih cikgu Hafiy.. opss tertaip pulak nama dia ..haha


ha inilah lencana sekolah Eika. SMK Taman Keramat a.k.a Sekolah Tepi Kubur. sekolah ni memang dekatlah dengan kubur. korang keluar je dari pagar sekolah lepastu jalan sikit, mata korang memang akan tertumpu dekat kubur jelah. Eika ingat lagi lepas ambil result UPSR 2007, Eika pernah cakap kat mak ngan ayah yang Eika tak nak masuk sekolah menengah sebab belajar lagi susah. tapi tak sangka sangkaan Eika meleset. best rupa-rupanya. haha


next part I will share with you later, okay? bye 

No comments:

Post a Comment