Monday, 15 June 2015

SAHABAT

Assalamualaikum wahai manusia dimuka bumi Allah ini. adakah anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera? Alhamdulillah.. harini Eika dah habis paper untuk semester 6. mulai esok Eika akan bercuti selama 3 minggu. Eika akan masuk kolej kembali pada 6/7/2015, if I'm not mistaken. 



jumpa lagi kawan-kawan. InsyaAllah. ehem-ehem syaza, kita dah habis paper awak bila lagi? hahahha... jangan ambil hati ya, kita gurau-gurau je. harini Eika ada dua paper dan kedua-dua paper tersebut merupakan subjek killing. tak pernah dalam sejarah Eika ambik exam ada 40 soalan mcq, ha yang tu subjek First Aid Course. but actually subjek ni best. Eika tak tipu.

perkara yang korang patut buat sebelum exam ialah menelaah buku dengan tekun dan buat latihan sehabis mungkin. tapi berlainan pula dengan Eika. a day before exam, Eika rancang keluar dengan kawan-kawan time sekolah. sebenarnya Eika dah rancang awal cuma Eika lambat bagitahu dorang. Eika tahu kawan Eika yang sorang tu tengah cuti semester, disebabkan itulah Eika mengajak mereka semua pergi keluar jenjalan. dah terlalu lama rasanya tak keluar dengan dorang. 


#IniSemuaJasaIPhone6Plus

disebabkan ini plan last minute, sorang kawan Eika tak dapat ikut sebab ada kelas dan Eika silap time nak keluar sesama. but that's okay, lain kali kita keluar sesama lagi. mungkin kita dapat berkumpul kembali waktu berbuka puasa ke? mana tahu kan. InsyaAllah dengan Izin-Nya.

Syaza seorang je yang ganjil disitu sebab Eika kenal dia time form 2 sekolah menengah. yang lain tu semua Eika kenal time darjah 2 sekolah rendah. maknanya perkenalan kami sudah mencecah 12 tahun dan persahabatan Eika dengan Syaza pula 6 tahun. wow .. alhamdulillah. semoga persahabatan kita semua akan kekal selamanya. tak kesahlah jarak hubungan kita sebagai kawan berapa lama sekalipun, janji kita tetap saling memahami dan saling sayang menyayangi gitu. hahahaa. walau apapun Eika dan Syaza sehinga kini tak pernah terpisah sebab kitorang masuk kolej yang sama tapi berbeza course.




kitorang berdua selalulah jugak balik together gether sebab haluan kitorang sama. tapi jangan risau Eika sayang semua kawan-kawan Eika tak kesahlah yang dah lama kenal ke atau yang baru kenal. itu semua sama je. tak semestinya hubungan kawan yang lama itu yang terbaik, tapi tak salah rasanya kalau kita dapat kawan yang ramai dan berkongsi cerita bersama. rasanya tak terlambat untuk Eika mengucapkan 
#HappyNationalBffDay.



akhir kata saya Ros Atika Binti Rusdi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam seluruh dunia. semoga bulan ramadhan tahun ini lebih barakah kepada kita semua. tak sabarnya, dua hari sahaja lagi .. 


1 comment: