Assalamualaikum semua. hari ini Eika ingin mengatakan bahawa Eika baru sahaja dapat baucar buku. last year Eika dah dapat RM250 and this year I also get RM250. tapi dalam otak ni tengah berfikir nak beli apa ek.
dah tengokkan gambar kat atas? baucar buku ni berwajah baru. dulu warna merah pink but this year warna biru. woww.. haha.. excited sangat dapat baucar buku ni. Eika nak cerita serba sedikitlah mengenai kejadian baucar buku ni.
Bermulalah kisah...
Semalam around pukul 10 lebih Eika tengoklah semakphone Eika kot-kot ada mesej ke (selalunya takde). Eika tengok ada satu mesej baru. Eika fikir kawan Eika send mesej tu pukul 10 tapi Eika silap, dia hantar mesej tu pukul 8.30 malam -,-" I'm sorry dear. masa Eika baca mesej Eika terkejutlah sebab dia kata
"ros, betul ke esok amik baucar buku?" -syaza
"ha yeke? tak tahu pun... mana awak tahu ni? kite tak tahu pun" -Eika
"kawan farah jumpa notis kat kolej. tulis 18/03 boleh ambil baucar buku dari pukul 8.30am-4pm dekat Great Hall, IIC. bawak IC dengan matric card" -syaza
"oh yeke? terima kasih bagitahuu" -Eika
begitulah pengakhiran mesej kami. haha .. lepas tu Eika tanyelah kawan Eika yang sama course dengan Eika manalah tahu dia tahu kan. jawapan dia ialah "tak tahu" .hahha.. nampak sangat kitorang ni tak fokus dengan apa yang terjadi kat kolej. biasalah otak melilau memikirkan final exam. next week kot final exam. doakan Eika ye kawan-kawan .. ^_^
pada keesokan harinya iaitu hari ini (hari kejadian) Eika ingat nak pergi awal sebab pukul 11am ada kelas advance english 2. tapi Eika terlajak bangun pulak . so terpaksalah gerak dari rumah pukul 9.30am. semasa dalam perjalanan ke kolej, kawan Eika mesej menanyakan sama ada Eika dah ambil baucar buku tu ke belum. Eika nak balas mesej dorang tapi kan ... Eika takde kredit, jadi Eika boleh baca mesej itu sahaja T_T
Eika sampai kat kolej sekitar pukul 10.42am dan destinasi pertama yang Eika pergi bukan ke kelas tapi ke Great Hall. perghh orang beratur panjang. last year Eika ada mention yang Eika tunggu giliran nak ambil baucar buku selama 2 jam 30 minit tapi tahun ni Eika hanya menunggu 45 minit je. see! nampaknya IIC telah meningkatkan tahap kecekapan mereka. haha .sebenarnye macam ni. tahun lepas dorang buka 2 kaunter je, tu yang lama sangat. tahun ni dorang buka lebih kurang 10 kaunter dan 1 kaunter untuk minta cop kolej. jadi kesimpulannya ia amat memudahkan kerja kami sebagai pelajar kerana kami tidak perlu berebut-rebut dan menahan lapar untuk mengambil baucar buku. haha
masa Eika tunggu giliran, Eika adalah jugak terasa cuak sebab Eika dah lambat masuk kelas. Eika lewat 30 minit you alls. hhaha.. tapi lepas Eika dapat baucar buku je Eika terus cabut lari pergi kelas. kisah sebenarnye Eika pi naik lift je. haha dah lambatkan.
Eika tengah dok jalan menuju ke kelas, Eika jumpa kawan masa sem 1. saje je tanye die pukul berapa sedangkan kat phone sendiri ada jam. then dia cakap
'masuk jelah kelas, madam tak masuk lagi.' -azura
'uii jam pukul berapa?' -Eika
'masuk je. madam belum masuk.' -azura
'betul ni?' -Eika
'ishh masuk jelah.' -azura
'yela-yela.' -Eika
langkah laju je menuju ke kelas. baru buka pintu kawan dok kata camni
'hai ros.. awat masuk kelas? kelas takdelah. madam kata kalau dah pukul 11.30am madam still tak masuk itu bermakna kelas takde.'
perasaan yang Eika rasa
sekian terima kasih :)
No comments:
Post a Comment