Sunday, 29 March 2015

SATU KENANGAN 01

Assalamualaikum semua. sepatutnya harini Eika kena study sebab esok exam subject English Pre-School. bukan malas nak study tapi time-time camni terasa nak tengok tv pulak. tambahan pulak kat astro ada cerita kartun, kita layan jelah. haha mesti korang fikir "ni kes malas sebenarnya"


hihii.. no comment.. actually harini Eika nak kongsikan kat korang barang-barang yang menjadi kenangan pada Eika. beginilah bermulanya kisah
.
.
.
.
.

hari jumaat lepas sebelum tunggu siaran runningman kat channel 393, tetiba diri ni terasa rajin nak kemas barang-barang kat dalam kotak. then masa buka kotak tu, Eika tengok banyak barang yang nostalgia gitu. fuyohh menggamit memori.. meh sini Eika ceritakan satu persatu. harap-harap tak bosanlah ye.


cer teka siapa bagi Eika benda ni? benda ni kalau korang buka, ia akan mengeluarkan muzik yang boleh dikatakan romantiklah jugak. haha.. yang sebenar-benarnya benda ni bukan dari boypren ka ex-boypren ka kawan lelaki ka tapi kawan Eika yang bagi time birthday Eika. kawan Eika tu sebenarnya perempuan. dia belikan untuk kawan dia benda yang sama okay. kiranya dia bagi kawan dia hadiah yang sama biar sama rata dan adil. ha tu baru betul kalau nak bagi hadiah kat kawan-kawan. tapi Eika tak ingat hadiah ni time form berapa. nama beliau yang memberikan hadiah ini ialah Nor Syahirah ^_^


ha yang ni pun hadiah birthday jugak. Eika rasa korang dah dapat agak yang ni hadiah birthday sebab ia ada tertulis "happy birthday" disitu. haha. hadiah ni Eika dapat daripada Nur Zahidah iaitu kawan dan jiran sebelah lorong Eika. yang Syahirah tu pulak jiran sebelah rumah Zahidah. dekat kan rumah kami? tapi sayang kitorang jarang jumpa sebab semua busy ngan study. Zahidah ni dia study kat kolej Cheras. Syahirah dengan Eika pulak satu kolej kat Gombak tapi jarang berjumpa. sebab apa? sebab kitorang lain course dan lain masa lain.


benda ni Eika akan ingat untuk seumur hidup Eika. apakah sebabnya? begini kisahnya. Eika ni merupakan full-time student and part-time crew mc donalds kat klcc. Eika dah lama kerja kat mcd kat klcc tu, emm sejak habis spm. Eika kerja sebab nak cari pengalaman dan cari duit tambahan. cerita dia panjang sebenarnya, meh Eika pendekkan cerita ini. haha. boleh dikatakan hidup Eika ni takde rehat. setiap kali hari jumaat lepas habis kelas Eika akan pergi kerja around pukul 2-3 petang tu Eika masuklah kerja. kisah ni time bulan puasa. kalau tak salah Eika nak pergi tandas klcc tapi sebenarnya Eika nak call cousin. Eika cakaplah kat dia yang Eika rindu kat mak ngan ayah Eika kat rumah sebab tak dapat nak berbuka bersama. perghh melelah air mata. dah lepas on the phone ngan dia, Eika duduklah kat kerusi ni. Eika tak perasan ada mak arab kat sebelah. entah sejak bilalah dia ada kat situ. air mata tetap meleleh ni tetiba mak arab ni tegur Eika. dia tanye kenapa menangis. untuk pengetahuan awak-awak disana she ask me in English tapi Eika translatekan jelah ye.

"kenapa menangis?" -mak arab
"haha takde pape" -Eika

dia keluarkan sesuatu daripada beg tangan.

"nah ambiklah ni, saya bagi" -mak arab
"ha?" -Eika
"gunalah benda ni ketika nak berzikir kat mana-mana. anggap je ni tasbih" -mak arab
"ha ..oh terima kasih" -Eika

then dia tersenyum kat Eika. senyuman dia serius manis sangat. Eika tak tipu. dia still muda. sebenarnya Eika dapat rasa yang benda ni mak arab tu baru je beli sebab masih berbungkus rapi tanpa ada kesan dibuka lagi. pergh Eika rasa terharu yang amat sangat. first time foreigner yang Eika langsung tak kenal dan tak pernah tahu memberikan kat Eika sesuatu yang sangat berharga. thank you for giving me this. I will always keep this watch and remember you for the rest of my life. thanks a lot.


button smile ni cikgu hensem yang bagi. dia kata sebagai kenang-kenangan. dia practical kat sekolah Eika time form 4 2011, empat tahun yang lepas. dia masuk kelas kitorang sebab dia ganti cikgu kitorang pi bersalin. dia tu memang hensem sampaikan ramai yang melting. haha bila dia mengajar tu, yang perempuan ni tak focus kat apa yang dia ajar pun. kitorang focus kat dia je. haha. jangan salah faham kitorang gurau-gurau je. sebab cikgu tu baik, so kitorang amik mood dulu sementara dia masih mengajar kat kelas kitorang. cikgu kitorang yang bersalin tu baik, just garang yang tersangat sampai kitorang satu kelas kecut perut. haha takpe kenangan time sekolah. cikgu lelaki uh dah kahwin. lawa isteri dia. sepadan sangatlah dengan dia. terima kasih cikgu Hafiy.. opss tertaip pulak nama dia ..haha


ha inilah lencana sekolah Eika. SMK Taman Keramat a.k.a Sekolah Tepi Kubur. sekolah ni memang dekatlah dengan kubur. korang keluar je dari pagar sekolah lepastu jalan sikit, mata korang memang akan tertumpu dekat kubur jelah. Eika ingat lagi lepas ambil result UPSR 2007, Eika pernah cakap kat mak ngan ayah yang Eika tak nak masuk sekolah menengah sebab belajar lagi susah. tapi tak sangka sangkaan Eika meleset. best rupa-rupanya. haha


next part I will share with you later, okay? bye 

Friday, 20 March 2015

SAYA MINAT DIA!

Assalamualaikum.. hai awak-awak semua. haha ..hari ni hari terakhir Eika belajar untuk semester 5. tak sangka cepat je masa berlalu, dah nak semester 6. next week exam.. direct non-stop. semester ni mesti struggle habis. 




siapakah gerangan jejaka di atas ini? peminat kpop mesti tahulah. legend kot (legend sangat). haha inilah Kim Jaejoong. Comel kan dia ni. Eika minat dia sebelum kumpulan TVXQ berpecah; dulu lima orang sekarang ni tinggal dua orang. even dia dah keluar dari TVXQ sekalipun dia dengan Micky dan Xiah buat kumpulan sendiri yang diberi nama JYJ. JYJ adalah singkatan daripada nama dorang sendiri Jaejoong- Yoochun- Junsu.

Kiranya dia ni cinta pandang pertamalah sebab (haha) mungkin dia memiliki wajah yang comel. *alasan yang tidak kukuh. dia ni bukan sahaja penyanyi malahan dia juga seorang pelakon. Eika pernah tengok cerita yang dia ikut serta. siapa tahu cerita apa tu?

let me think first


jeng jeng jengg.. scroll ke bawah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ta daaa 


nampak tak dia kat situ? aloo yang pakai kaot hitam tu. comel kan comel kan? haha sekarang ni Eika tengok cerita #Spy kat channel KBS tapi terus terang saya ingin mengatakan disini Eika tak berapa faham jalan cerita dia. miannei




the real story that i want to share with you is ..
.
.
.
.
.
nothing


saya kebosanan ..tak tahu nak tulis apa .. k bye 



Wednesday, 18 March 2015

BAUCAR BUKU 2015

Assalamualaikum semua. hari ini Eika ingin mengatakan bahawa Eika baru sahaja dapat baucar buku. last year Eika dah dapat RM250 and this year I also get RM250. tapi dalam otak ni tengah berfikir nak beli apa ek.


dah tengokkan gambar kat atas? baucar buku ni berwajah baru. dulu warna merah pink but this year warna biru. woww.. haha.. excited sangat dapat baucar buku ni. Eika nak cerita serba sedikitlah mengenai kejadian baucar buku ni. 

Bermulalah kisah...

Semalam around pukul 10 lebih Eika tengoklah semakphone Eika kot-kot ada mesej ke (selalunya takde). Eika tengok ada satu mesej baru. Eika fikir kawan Eika send mesej tu pukul 10 tapi Eika silap, dia hantar mesej tu pukul 8.30 malam -,-" I'm sorry dear. masa Eika baca mesej Eika terkejutlah sebab dia kata 

"ros, betul ke esok amik baucar buku?" -syaza
"ha yeke? tak tahu pun... mana awak tahu ni? kite tak tahu pun" -Eika
"kawan farah jumpa notis kat kolej. tulis 18/03 boleh ambil baucar buku  dari pukul 8.30am-4pm dekat Great Hall, IIC. bawak IC dengan matric card" -syaza
"oh yeke? terima kasih bagitahuu" -Eika

begitulah pengakhiran mesej kami. haha .. lepas tu Eika tanyelah kawan Eika yang sama course dengan Eika manalah tahu dia tahu kan. jawapan dia ialah "tak tahu" .hahha.. nampak sangat kitorang ni tak fokus dengan apa yang terjadi kat kolej. biasalah otak melilau memikirkan final exam. next week kot final exam. doakan Eika ye kawan-kawan .. ^_^



pada keesokan harinya iaitu hari ini (hari kejadian) Eika ingat nak pergi awal sebab pukul 11am ada kelas advance english 2. tapi Eika terlajak bangun pulak . so terpaksalah gerak dari rumah pukul 9.30am. semasa dalam perjalanan ke kolej, kawan Eika mesej menanyakan sama ada Eika dah ambil baucar buku tu ke belum. Eika nak balas mesej dorang tapi kan ... Eika takde kredit, jadi Eika boleh baca mesej itu sahaja T_T




Eika sampai kat kolej sekitar pukul 10.42am dan destinasi pertama yang Eika pergi bukan ke kelas tapi ke Great Hall. perghh orang beratur panjang. last year Eika ada mention yang Eika tunggu giliran nak ambil baucar buku selama 2 jam 30 minit tapi tahun ni Eika hanya menunggu 45 minit je. see! nampaknya IIC telah meningkatkan tahap kecekapan mereka. haha .sebenarnye macam ni.  tahun lepas dorang buka 2 kaunter je, tu yang lama sangat. tahun ni dorang buka lebih kurang 10 kaunter dan 1 kaunter untuk minta cop kolej. jadi kesimpulannya ia amat memudahkan kerja kami sebagai pelajar kerana kami tidak perlu berebut-rebut dan menahan lapar untuk mengambil baucar buku. haha

masa Eika tunggu giliran, Eika adalah jugak terasa cuak sebab Eika dah lambat masuk kelas. Eika lewat 30 minit you alls. hhaha.. tapi lepas Eika dapat baucar buku je Eika terus cabut lari pergi kelas. kisah sebenarnye Eika pi naik lift je. haha dah lambatkan.

Eika tengah dok jalan menuju ke kelas, Eika jumpa kawan masa sem 1. saje je tanye die pukul berapa sedangkan kat phone sendiri ada jam. then dia cakap 

'masuk jelah kelas, madam tak masuk lagi.' -azura
'uii jam pukul berapa?' -Eika
 'masuk je. madam belum masuk.' -azura
'betul ni?' -Eika
'ishh masuk jelah.' -azura
'yela-yela.' -Eika

langkah laju je menuju ke kelas. baru buka pintu kawan dok kata camni

'hai ros.. awat masuk kelas? kelas takdelah. madam kata kalau dah pukul 11.30am madam still tak masuk itu bermakna kelas takde.'

perasaan yang Eika rasa


sekian terima kasih :)