Monday, 8 December 2014

BELAJAR BAHASA BARU ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga bumi.. hihii.. dah lama Eika tak menjenguk blog ni.. biasalah orang busy kan.. haha.. 


before this Eika pernah tulis kat blog mengenai sesuatu yang Eika minat kan? hihi .. aktiviti melukis masih giat dijalankan even busy sekalipun sebab itu memang 'kerja' Eika untuk tiga tahun ni tapi insya-Allah dah nak habis belajar. tinggal setahun setengah je lagi. doakan Eika selamat graduate ye. then aktiviti menjahit sudah pun berlalu pada dua bulan lepas. time tu Eika and group kena buat sejadah for young children. alhamdullilah menjadi dan dah siap dan sudah selamat dihantar dan diberi markah oleh lecturer kesayangan.. hihii.. dan sekarang ni dah tak tahu nak menjahit apa lagi.. abaikan dulu.. fokus kat benda lain. okay yang seterusnya mengenai memasak..hihii.. Eika tak tahu nak masak apa..harap maklum tapi jangan risau Eika akan belajar.. minat Eika yang terakhir ialah menulis.. Eika da buat sikit jalan cerita tu. baru sampai bab 5 tapi okaylah sekurang-kurangnya apa yang Eika nak buat tu ada hasilnya kan? see.. kalau korang minat something buat je. untuk mengisi masa lapang korang yang kosong tu.

berbalik pada tajuk yang diatas, sebenarnya Eika sedang belajar bahasa lain. bahasa Inggeris pun berterabur ada hati nak belajar bahasa lain? eh eh boleh ke kengkawan? ermm siapa kata tak boleh? janji ada effort nak belajar memahami bahasa negara lain. itu untuk memudahkan kita apabila kita pergi melancong di negara mereka. tak salah kalau kita belajar bahasa lain sebab ia memberikan kelebihan pada diri kita sendiri. Eika ingat nak mulakan bahasa cina or korea dulu sebab Eika suka tengok cerita cina tang dulu-dulu.. haha ..kalau korea pulak, rasanya kalau Eika tak cakap korang dah tahu kot. Ermm betul lah tu.. sekarang kan korea tengah meletop dengan artis-artis dorang. tapi setelah difikirkan dan dianalisis Eika rasa nak belajar bahasa Thai dulu. "sawadikap" yang lain korang sambung okay.. oh ye dì-chăn chûe rose khá.. bye assalamualaikum :)

Sunday, 27 July 2014

MALAM RAYA

Assalamualaikum semua :D ermm sedar tak sedar dah sebulan kita berpuasa kan ?ramadhan telah pon melangkah pergi dan kini syawal pula datang menyinggah kita ..so macam mana persiapan raya korang ?semua dah settle kan ?rendang dah masak ?ya Allah sedapnya kalau dapat makan ..tapi sebenarnya Eika tak makan rendang pon ..hahahaa ..

selalunya malam raya korang buat apa ?mesti main mercun kan kan kan ?haha Eika teka je tapi betullah tu .waktu malam raya ni kat tv mesti siarkan "takbir hari raya" ?bila dengar takbir hari raya hati mesti terasa sebak .entah Eika pun tak tahu kenapa ..




mesti ramai yang balik kampung kan ?jelesnya Eika ..huhuu ..Eika raya kat kl je ..biasalah orang takde kampung ..k bai ..Eika berharap tahun ni Eika still boleh dapat duit raya ..Eika ni under 20 so peluang untuk mendapat duit raya adalah besar ..haha nikmatilah malam raya ni dengan riangnya bersama keluarga sanak-saudara ye kengkawan .assalamualaikum

Saturday, 26 July 2014

KAD RAYA

Assalamualaikum kengkawan semua :D today is the second last before raya ..sedih sebab ramadhan dah nak pergi ..huhuu setan pun dah nak keluar .. T_T tapi apapun alhamdulillah sebab kita dapat menunaikan salah satu daripada rukun islam ..korang semua ni dah shopping raya belum ?untunglah dah shopping kan ..Eika ni esok baru nak shopping ..haihh betul-betul last minute Eika shopping ..kalau raya ni mestilah semua nak yang baru kan ?haha kita geng !eh korang pernah tak dapat kad raya sebelum ni ?tak kesahlah 10 tahun lepas ke ,5 tahun lepas ke ,asalkan kad raya ..actually this year i will give kad raya to my friend .not to all my friend ,only certain .Eika kenalah ikut bajet yang Eika ada kan ..Eika dah berniat nak bagi kad raya dari tahun lepas tapi tahun ni yang tercapai nak bagi .ni sebahagian kad raya yang Eika belum bagi ..



comel kan kad raya ni ..hihii kad raya bergambarkan teddy bear tu untuk Eika sendiri ..sebab terlalu cute Eika tak sampai hati nak bagi kat orang ..haha ..Eika beli 25 keping kad raya tapi tak tahu berapa orang yang Eika bagi ..yang Eika ingat Eika dah bagi dekat
crew klcc - kak fieda ,kak yan ,abang kadir ,bazli ,bahrul
kawan kolej - zaty ,ecah ,syada ,syahirah ,adila
so Eika da bagi kat 10 persons .so lagi 10 orang Eika tak bagi lagi ..itu bermakna Eika keep as my own kad raya sebanyak 5 keping ..Eika simpan kad raya tu sendiri sebab Eika tahu takde yang nak bagi kat Eika ..haha ..Eika tak kesah pon orang nak bagi ke tak ,yang penting isi kandungan dalam kad tu yang penting .tapi sekarang ni disebabkan kecanggihan teknologi kad raya semakin lama dilupakan .dulu zaman Eika muda-mudi ,haha setiap kali dah nak cuti sekolah kitorang akan bagi kad raya ..tak kesahlah kad raya tu kecik ke besar gajah ke ,kitorang tetap bagi .Eika still simpan lagi kad raya yang pernah kawan sekolah Eika bagi ..nak tunjuk susahlah sebab kad tu ada kat dalam kotak ..Eika da simpan baik2 .manalah tahu bila dah tua nanti nak tengok kad raya yang Eika pernah dapat kan ..haha ..


yang ni Eika tak dapat bagi ..ada 2 kawan kolej tu tak datang pulak masa hari rabu lepas ,so tak dapatlah saya nak bagi ..huhuu ..sorang kat penang dan yang sorang lagi kat negeri ..takkanlah nak hantar pos ?alamat pon Eika tak ada .terpaksalah Eika bagi seminggu lepas raya ..takpe masih dalam mood raya ^_^ ..haihh Eika nak bagi kat mok tapi nak jumpa lahaii susah ..
ni yang senarai Eika belum bagi - mok ,dut ,kak eton ,zaida ,shaza ,ros ,mas dan encik M ..haihh ..haraplah esok sempat bagi ..doakanlah ye ..okay lah korang sampai sini sahajalah Eika menaip ..bye ..assalamualaikum

Wednesday, 16 July 2014

BETUL KE BOHONG ? #PART 2

Assalamualaikum korang ..hihiii tadi sebelum berbuka puasa Eika ada cerita pasal lesen kan ??okaylahh sekarang ni Eika nak bagitau something ..Eika already got new information yang lesen takkan naik ..YB Khairy Jamaluddin dan YB Liow Tiong Lai dah bagitau kat twitter dia ..memang sahih ..tak percaya ??meh Eika tunjukkan ..Eika baru je screenshot ..








errmm kalau korang tak percaya lagi ,korang pergi sergah acc twitter dorang ..tengok betul ke tidak ..Alhamdulillah dapat jugak Eika ambil lesen motor ..lepas ni boleh la weng weng ..haha ..nak ambil lesen motor sebab senang nak pergi ke kolej ..tolong jangan salah faham ye ..okay ..sampai disini sahaja info nya ..sekian thank you .. assalamualaikum

BETUL KE BOHONG ? #PART 1

Assalamualaikum you alls ..ermm tinggal satu jam je lagi nak berbuka puasa ni ..korang semua berbuka apa ek ?meh la share sikit dengan Eika ..hari ni Eika tak pergi bazar sebab malas untuk kakiku melangkah ke bazar ramadhan .haha ..kalau hari-hari pergi bazar ramadhan koyak lah poket Eika ni :p sekali sekala masaklah sendiri kan ?betul tak ? *padahal mak yang masak ,Eika tolong masukkan dalam perut je .eh Eika ada dengar gossip ni ..nak tau tak ?



aduhai bulan puasa macam ni pon nak bergossip jugak ke ?haha ni bukan gossip biasa ye awak-awak sekalian just nak minta kepastian sahaja ..kalau salah tegurlah ..saya nak tahu jugak sebab saya ni rakyat Malaysia yang hidup sederhana je ^_^ ermm betul ke harga lesen naik ??



Eika tahu benda ni tadi dari kengkawan tapi Eika tak tahulah sahih ke tak ..that's why saya menanya ni ..kalaulah naik apaklah makin koyak poket den ni ha .gaji part-time untuk setahun pun belum tentu lepas ..huhuu tapi nasib baiklah Eika dah lepas ambil lesen kereta ..hahahaa kita bikin cerita ni gempak sikit ..hihii takmo stress-stress ye anda ..cerita itu menyatakan bahawa harga lesen kereta naik sampai RM2K ?? wow orang kaya jelah yang berpeluang ambil lesen ..orang macam kami ni tidaklah ..hohoo ..tapi sayangnya Eika tak ambil lesen motor .sedih sesedih sedihnya ..sob sob ..



dan sambungan dari cerita tadi ,lesen motor naik sampai RM1050 ?aiyoyoo ..mana saya mau cekau itu duit ..menyesal tak ambil lesen motor sekali ..menyesal menyesal menyesal ..tapi ini pendapat Eika lah kan kalau harga lesen naik konfem nanti lebih ramai rempit-rempit tak kiralah muda or tua di jalan raya dan mereka lebih rela disaman daripada ambil lesen ..yelah dorang kata kalau sekali saman RM300 ..haha ..but please demi masa depan kita dan negara silalah ambil lesen ye ^_^ ..ada seorang kawan Eika ni pun kata yang benda ni tak disahkan lagi sama ada harga lesen naik ke tak . eh eh eh ?? macam tu pulak ..pape hal ikutilah perkembangan dari semasa melalui berita ke surat khabar ke ..okay ?sedihh lesen motor da naik ..membonceng jelah Eika untuk seumur hidup ..sekian thank you kerana membaca ..assalamalaikum

Thursday, 10 July 2014

#SAVE GAZA

Assalamualaikum dan selamat malam semua :D kekalkanlah senyuman diwajah anda semua ye ^_^ korang semua tengok bola tak ?tahniah diucapkan kepada pasukan Germany dan Argentina kerana berjaya menempah tiket untuk memasuki perlawanan akhir ..ermm kita disini dok bersorak gembira melihat pasukan kegemaran kita memasuki peringkat akhir tapi kita tak sedar bahawa saudara sesama islam kita di Palestine sedang berjuang untuk meneruskan hidup dan mempertahankan negara mereka .




marilah sama-sama kita mendoakan saudara kita yang berada di Palestine agar mereka dapat terus bertahan untuk mengekalkan negara mereka .setiap tahun mereka menghadapi perkara yang sama ..kita disini hanya mampu berdoa demi kesejahteraan mereka di sana ..terlalu banyak sangat tragedi yang telah terjadi yang mampu membuatkan hati kecil kita sakit dan mata kita mengeluarkan air mata .kesakitan yang mereka alami ,mampu untuk kita rasai kerana kita akan terbayang "andai kita ditempat mereka" apa perasan kita ??


 biarkanlah gambar ini yang berbicara .adakah anda memahaminya ?so renung-renungkanlah .. terlalu berat penderitaan yang mereka hadapi .. ni je pic yang mampu Eika kongsikan ..marilah kita sedekah al-fatihah kepada para pejuang jihad kita ..insya-Allah syurga menanti mereka ..amin .. assalamualaikum :')








Thursday, 12 June 2014

PRE-SCHOOL LAYOUT

assalamualaikum .sebenarnya hari ni Eika nak tunjuk hasil kerja Eika dan kawan-kawan masa semester 2 .yang ni adalah assignment yang terakhir untuk subject Introduction To Islamic Early Childhood Education. ermm cer je la korang tengok dan nilaikan sendiri .kan Eika puji korang kata Eika bongkak pulak .haha ..




ni poster .kononnya kitorang nak promote tadika kitorang . "Tadika Permata Cahaya" so what you waiting for ?come join us ..register now ..hahaa saje je nak mengetest .agak-agak ada tak ibu bapa nak hantar anak-anak dia ke Tadika kitorang ni .ni bukan betul-betul ye .



ni pulak contoh baju sukan untuk pelajar perempuan .maybe agak simple tapi bolehlah kan .



ni pulak baju sukan pelajar lelaki ..ermm kalau korang tengok ,sebenarnya sama je .yang lain just lengan dia jelah .untuk pelajar perempuan haruslah berlengan panjang bagi menutup aurat .pelajar lelaki pula kenalah berlengan pendek .




baju uniform sekolah bagi pelajar perempuan .sebenarnya kena set dengan tudung .yelah da nama tadika berkonsepkan islamik .tapi kami tak buat sebab jenis tudung semua sama je macam tadika yang lain .





baju uniform lelaki ni sebenarnya t-shirt biasa je .yang warna pink tu ves dia .er amenda tah .tak tahu amenda ..pape jelah kan .haha





ni pulak logo untuk tadika kitorang .kalau tengok betul-betul macam pakcik bermisai kan ?haha ..logo ni ada maksud tersendiri .nama tadika kitorang kan "Tadika Permata Cahaya" .korang nampakkan dua orang budak kat dalam logo tu ?itu melambangkan permata dan matahari itu pulak mewakili cahaya maka terciptalah "Tadika Permata Cahaya" . ^_^





okay yang ni pulak adalah lay out untuk tadika kitorang ..Eika tak reka pon benda ni .Eika just copy and paste sahaja .lay out ni direka oleh kawan kepada salah seorang ahli group Eika .terima kasih kepada beliau kerana telah membantu kami .kami amat menghargainya ..okay sampai di sini sahaja coretan saya ..sekian terima kasih ..assalamualaikum .

DATE SEHARI BERSAMA SIR

assalamualaikum kepada hadirin semua ..haha 30 mei 2014 yang lalu .Eika dan kawan-kawan Eika telah pon keluar date bersama lecturer kesayangan kami iaitu sir muaz ..sila beri tepukan yang gemuruh kepada beliau ..bravo bravo .haha ..kitorang dok dating kat Universiti Malaya dan Planetarium Negara ..actually kitorang nak pergi Pusat Sains Negara tapi sayangnya ditutup .bhaha .lepas tu tukar plan nak pegi mana ..
mula-mula sir cakap nak pergi zoo negara .then ramai yang kata tak nak pergi sana .haha ..kitorang cadangkan kat sir yang kitorang nak pergi ke Mid Valley .ingatkan bebetul pergi sana rupa-rupanya pergi Planetarium Negara ..ermm takpelah asalkan date kita dapat diteruskan ..bolehlah sir ..marilah saya memulakan cerita ye .
sir muaz kata kitorang kena berkumpul kat cafe kolej pukul 8.30 sebab bas akan gerak dalam pukul 8.40 cam tulah .okay la semua da berkumpul dan kitorang dah diberi taklimat tentang itu dan ini ..lepas tu ketua kitorang pulak yang lambat tapi nasib baiklah bas kitorang tak sampai lagi ..apa punya ketua la .mengantuk sangatlah tu .bila semua dah berkumpul bas pulak tak sampai lagi .kena tunggu sekejap .bas ada problem sikit that's why dia lambat ..kami maafkan ..haha ..kami pon memulakan perjalanan kami ke destinasi pertama iaitu Universiti Malaya ..ini adalah kali yang kedua kot Eika menjejakkan kaki ke sana .tempat dia memang besar .



insya-Allah kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki Eika nak sambung pelajaran kat sana ..kitorang pergi ke sana untuk mendengar sedikit sebanyak kata-kata semangat dari Professor Dr. Mariani .beliau seorang yang baik tetapi seorang yang tegas juga .apa yang beliau kata memang betul bahawa "masa itu nyawa" bukan "masa itu emas" .masa itu nyawa kerana ia amat berharga .beliau amat tidak menyukai orang tidak "on time" kerana ia akan merosakkan produktiviti masa seseorang .ermm betullah tu 
..so korang kalau berjanji pukul 8 ,korang jangan nak keluar rumah pukul 8 ..apa kata keluar awal sikit .pukul 7.45 ke .biar kita cepat sampai dan jangan menyusahkan orang lain .contohnya kalau korang berjanji nak berjumpa pukul 8 tapi pukul 8 baru nak keluar ,baik tak payah keluar .penat orang nak menunggu .kalau orang yang menunggu anda itu selama 30 minit macam mana ?dia boleh belajar kot kat rumah dari buang masa menunggu anda semua .haha kasaq ke ayat saya ni ?takkan ..ni peringatan untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yang membaca .jangan risau jika anda terasa ,saya juga turut terasa ..hahaaha
 ..okay sampai di situ sahaja apa yang dikata prof .lepas tu kitorang dihiburkan dengan persembahan kelas Miss Syazwani .then kitorang menjamu selera lah .dorang masak mee goreng ..sedap kau nyah ..macam nak tambah je .tapi takpelah ..haha .nilah gambar kitorang bersama Professor Dr. Mariani dan lain-lain 



sorilah kalau gambar ni macam tak terang je kan .haha .. okay la destinasi kedua kitorang ialah Planetarium Negara .Seperti yang telah saya nyatakan tadi ,ceh ayat terlalu formal ..haha pon boleh ..kitorang telah menukar rancangan .disebabkan Pusat Sains Negara ditutup kami telah menukar arah ke Planetarium Negara .




okaylah ...mula-mula memang excited ada kat sana tapi lama kelamaan terasa bosan pulak .sebab  apa ?sebab kitorang kena dok kata sana selama 1 jam setengah .tu okayla lagi sebab kitorang kena tunggu para "bodyguard" kami pergi solat jumaat .haha ..ingatkan lepas habis solat jumaat bolehlah kitorang balik tapi sayang kitorang kena tengok tayangan .kitorang pon layan je lah ..
Eika tak tengok pon tayangan uh ..haha Eika tertidur kat dalam tu .maybe penat kot ..macam manalah tak penat seharian berjalan ke hulur ke hilir .Eika ingat Eika sorang je yang tertidur tapi tak sangka ramai juga yang ikut serta ..haha ..korang kena faham ..kitorang teramat la penat .masa menunggu kaum Adam selesai solat jumaat .kitorang duduk merata-rata .Eika sempat baca novel fixie yang bertajuk "kacau" .cerita dia memang seram ..tak boleh nak tidur malam weh ..haha ..mengigau je kerja .
terima kasih kepada najla sebab bagi pinjam sekejap .saya terlayan sekejap dengan cerita tu .hahahaa tapi apa-apa pon kitorang semua memang enjoy masa kat kelas sir .sir penuh dengan kejutan .belajar dengan sir memang fun .kitorang tak terasa sangat stress dia . terima kasih kerana bersabar dengan kerenah kami semua ni ha ..







walaupun hari bersama sir telah berakhir untuk sem 3 ni tapi next sem kita boleh jumpa lagi ..ermm itu pon kalau saya amek kelas ngan sir la .haha ..semua kelas da penuh ..sori saya tak dapat join kelas sir next semester .ohh lupa gambar ni kitorang amek lepas kitorang mengadakan jamuan kecil-kecilan khas untuk kelas kami sahaja .okay ..diorang semua memang happening dan pening Eika dengan dorang .macam-macam gelaran ada .memang best .kelas Early Environmental Science For Children Daebak . okayla ..penat nak menaip  lagi ..esok kita sambung lagi ..bye ..assalamualaikum :)


AKHIRNYA

Assalamualaikum semua ..okay hari ni hari khamis .itu bermakna sudah seminggu Eika melalui hari yang sukar iaitu "test jpj" ..haha gerun betul tengok perkataan "JPJ" ...oh lupa pulak yang hari ni Eika final exam sem 3 .doakan Eika berjaya ye .hari isnin next week last paper .wish me luck dear .
untuk pengetahuan koranglah kan ,hihii sebenarnya Eika malu nak share tapi takpelah Eika share kan jela .Eika buang perasaan malu Eika ni jauh-jauh .Eika sebenarnya dah 3 kali menghadap "jpj" kat cheras .haha yang first uh memang gabra gila ,rasanya korang dah tau ape yang jadi .memang fail la jawabnya .Eika fail kat bukit .boleh pulak menggelongsor ke belakang ..bhahaha ..second ,part kat bukit uh dah okay da cantik tetiba Eika lupa step kat parking .terlebih masa pulak .aptb .redha jela ..tapi Eika lulus kat jalan raya .hebat tak ?haha bongkak sudah .
okay yang last alhamdulillah Eika lulus ..tak de problem langsung ..Eika gabra kat tiga penjuru .manalah tahu kalau enjin mati tetiba kena ulang balik kan .nanti duit melayang lagi ..susah hati betul kalau duit asyik melayang je .ermm Eika dok bebel kat korang je en tapi Eika tak mention pon Eika test apa pulak en ?haha tapi rasanya kalau Eika tak bagi tau ,korang da tau punya .betul tak ?anda bijak ?cer la teka ..haha



ha tepat sekali tekaan anda semua ..Eika pi test kereta ..yang kat atas ni kereta Eika la ..cantik kan .ermm memang cantik tapi kereta dalam angan-angan jelah .haha tak mampu wa der nak beli kereta yang cantik ni .kalau dah bekerja mungkinlah kot Eika beli .insya-Allah kalau Allah izinkan .doakan Eika dapat beli kereta ni ek .manalah tahu Eika boleh bawak korang jenjalan ..haha ..angan-angan mak jenin ..


now you are mine !!muahahaha ..gelak jahat ..okay sampai sini jelah untuk kali ni ..jap lagi Eika nak tulis lagi cerita yang tertangguh berminggu-minggu ..haha ..just wait okay ..dan sorry sebab huruf P ni terbalik ..bye bye my love ..hihii ..assalamualaikum

Thursday, 22 May 2014

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum semua ..hari ni hari khamis kan? dah malam kan ?so Eika mengucapkan selamat malam kepada sesiapa yang nak tidur time-time ni ...hahaha sebenarnya entry kali ni ada kaitan dengan apa yang terjadi last week ..korang tau kan last week ada apa? tipulah kalau korang tak tahu .ermm meh Eika ingatkan .
.hari ahad last week adalah sambutan hari ibu ..korang semua mesti sambut hari ibu kan ?Eika pon sambut gak ..hohoo ..tapi Eika sambut pada hari isnin sebab hari ahad uh Eika busy dan balik malam ,so tak dapat nak menyambut dengan hati yang girang ..hohoo ..so Eika pon sambutlah hari isnin sebab lepas jarum jam melepasi nombor 7 je semua orang dah berkumpul di rumah ..
hohoo ermm rasanya belum terlambat untuk Eika ucapkan "Selamat Hari Ibu Sedunia" ..mesti anda berbangga kerana telah menjadi seorang ibu kan ?I feel jealous with you ..hahhaahaa nilah superwoman yang telah melahirkan Eika di dunia ini ..


puan hamida

beliau telah dilahirkan pada tarikh tuttt ..hahha biarlah rahsia ..tapi yang penting birthday bonda kesayangan belum tiba lagi ..lambat lagi ..kitorang sekeluarga makan kfc je kat rumah ..apa yang PENTING ??kenyang ..alhamdulillah ..sedap ayam kfc ..ni la yang kitorang dok habiskan masa hari isnin uh ..sedap ..jangan jelos ..





bila Eika tengok pic ni ,terasa macam nak beli je ..haha ..Eika beli ayam original je sebab Eika tak suka ayam spicy ..Eika suka makanan pedas tapi Eika tak suka ayam yang digoreng pedas sebab tak nikmatlah makan pedas-pedas ..bila korang kepedasan mesti korang cari air kan ?sah-sah nanti korang kenyang minum air je .nasihat Eika tak payahlah makan pedas xD ..





cheesy wedges dia melimpah der ..Eika teringinlah ..tapi buat sendiri pon bolehlah ..cer try kat rumah ..kalau tak salah Eika masa sekolah menengah dulu kawan Eika iaitu zahidah nagn shaza raihanah pernah wat wedges sendiri .tak tahulah kalau dorang ingat ke tak sebab benda ni da lama ,lebih kurang 2-3 tahun yang lepas ..bak kata orang benda yang lepas jangan dikenang ..bhahaha ..sedapkan ?




yang roti uh Eika punya ,yang sayur kubis tu mak Eika punya ..suka benar dia dengan benda uh ..dia kata sedap ..Eika rasa ermmm ..maaf komen tidak dapat dipaparkan disini ..kalau nak tahu rasa dia macam mana pi la kfc sendiri then rasa sendiri ..





eh sorilah kentang putar telah habis dimakan ..haha lepas makan baru ingat nak amik gambar ...hahah licin kan ?tengoklah siapa yang makan ..hahha sedap ..dari makanan yang pertama sampailah yang terakhir mesti ada perkataan sedap .itu pon kalau korang perasanlah ..hahah okayla sebenarnya Eika dah tak tahu nak tulis apa ..kalau tulis maybe Eika akan tulis benda yang sama berulang-ulang kali ..sekian terima kasih ..assalamualaikum

Friday, 9 May 2014

MINAT SAYA

assalamualaikum dan selamat malam you alls .haha hari ni Eika nak tulis mengenai minat-minat yang Eika pendam selama ini ..hahha cewah ..terselit ayat-ayat poyo disitu ..okaylah sebenarnyakan Eika ni banyak sangat minat sampai pening kepala dok fikir yang mana satulah yang nak diasah dulu .sama ada yang itu ke yang ini ke ??




serious Eika tak tipu ..okaylah korang tak percaya meh Eika senaraikan dan ceritakan apa yang Eika minat .
ermm actually Eika minat sangat melukis tapi Eika dapat melukis secara copy and paste sahaja ..maksudnya Eika akan cuba lukis gambar tersebut berdasarkan contoh .Eika takkan dapat melukis dengan baik kalau contoh tu takde .sebab Eika ni bukannya kreatif sampai dapat idea-idea yang menarik nak melukis sesuatu benda tu .
Eika minat melukis gambar kartun .bila Eika free je Eika akan melukis pic tu cantik-cantik .Eika pon minat kalau bab-bab melukis or mereka baju .hahah tapi hasil rekaan baju Eika kureng menariklah .hahaa minat Eika ni haruslah diasah kalau hendak menjadi pereka kan kan kan ?kan bagus kalau lukisan Eika cantik macam ni .tapi jangan tertipu ,ini bukan lukisan Eika .haha lain kali Eika post gambar yang Eika da lukis ,okay .itu pon kalau korang sudi tengok .. :p



tapi en en en bukan nak cakap besaqlah ..haha masa sekolah rendah dulu Eika selalu dapat hadiah and naik pentas sebab hasil lukisan dan mewarna ..Eika ingat lagi masa darjah 4 ,Eika dapat hadiah tempat pertama sebab hasil karya terunggul Eika .haha kalau tak salah Eika masa tu tema dia "Jagalah Kebersihan Taman Kita" ..I get 1st reward .dan Eika ingat lagi hadiah dia apa ..hohoo hadiah dia ialah colour pencil .btw thank you to all my teacher because give an awesome experience and knowledge. i love you .muah muah muah .hahahaa ..okaylah minat yang seterusnya ialah menjahit .



kalau bab menjahit baju yang koyak semua orang pakar kan ?dan Eika pon termasuk jugak dalam kategori tu ..haha nak jahit baju yang koyak uh, bak kata orang puteh "it easy man" ..haha tapi kalau nak jahit baju sebenarnya memerlukan kemahiran yang tinggi ..
korang kena tahu tu jahitan jenis apalah ,macam mana cara nak ikatlah ,macam mana nak inilah ,macam mana nak itulah ..susahkan ?semua benda susah dik oi .tapi kalau ada usaha itu gampang aja ..hahah ..Eika teringin nak jahitkan baju untuk kucing Eika yang manja tu ..hahah manalah tahu en ..rezeki Eika dapat beraya sama-sama dengan dia .teringin jugak nak tengok dia pakai baju kurung yang direka khas untuk kucing ..
bersusah payah tuan dia ni kan ..insya-Allah kalau ada masa saya akan buatkan ..haha tak pon buat masa sekarang suruh makcik buatkan je dulu ..hahha ..ermm the next one is hahahahaaa ..okaylah sila scroll bawah 




korang tau kan amenda kat atas tu ?hohoo Eika tengok orang main gitar macam senang je en en en ?tapi tanpa latihan ia sesangat sangat sangatlah susah ..hahah acah je ..sebenarnya Eika tak tahu pun :p  manalah tahu en kalau Eika ada gitar Eika boleh cipta lagu sendiri ke ?
hoho asyik berangan je en ..ish ish ish ..merosakkan lagu adalah ..suara pon taklah sesedap suara Najwa Latif ,muka tak secantik Siti Nurhaliza ..hahha tapi apa kena-mengenanya ?hohoo kalau ada bakat pasti ada jalannya ..actually saya jeloss tengok orang ada gitar or piano .saya takde bakat dalam bidang muzik ni ..saya hanya boleh menyanyi di dalam bilik air ,dapur and tempat yang paling menarik ialah jeng jeng jeng ..hahha mana lagi kalau bukan pusat karaoke .. okaylah minat yang seterusnya ialah memasak .



masa form 4/5 Eika tak ambil kelas ERT ,tapi Eika amek kelas tasawwur islam ..kalau masuk kelas ERT maybe adalah sedikit bakat untuk membuat kuih ke ,nak masak nasi goreng ke ..
hahaha mehlah Eika terus terang .nak goreng ayam pon Eika takut ..ermm sebenarnya bukan takut ,just mungkin akan terkejut kalau minyak tu tetiba terpercik ..kalau terpercik sakit uh .haha sebenarnya macam kena gigit semut je .cerita nak gempak je kan .
Eika ingat raya ni nak buat kuih hasil tangan sendiri ..manalah tahu kalau sedap ,kita boleh jual kat orang ..boleh dapat untung ..hahaha ..untuk menjana pendapatan dalam kehidupan .takpun kalau birthday family sendiri kita boleh buatkan kek yang sedap ..
ermm Eika dah terbayangkan kek coklat ..mmm yummy sedapnya .haha okaylah ni yang terakhir ..menulis ..



actually Eika minat menulis ..macam sekarang ni Eika sedang berjink-jinak dalam dunia blog tapi Eika taklah sehebat macam blogger-blogger yang lain ..selain tu Eika pon berminat nak wat novel .idea dah ada tapi Eika langsung takde masa nak buat ..sebab Eika busy dengan assignment yang berlambak ..kawan Eika dah berjaya buat novel dia sendiri ..rasanya novel dia belum complete lagi ..tapi otw nak siap ..
dia memang rajin mengupdate kat blog dia ..nama dia ialah Syaza Raihanah ..dia pon  blogger jugak ..kalau korang nak baca novel hasil tangan dia sendiri korang boleh lah pergi kat blog dia .ni link dia syaza-applemints.blogspot.com ..mehlah ramai-ramai singgah blog dia ..novel dia best ..Eika harap Eika dapat hasilkan novel sendiri macam dia ..
selain tu Eika pon suka tulis puisi dan pantun 2-4 kerat ..puisi tu melambangkan isi hati Eika ..pantun akan tercipta apabila mood bosan datang ..haha ..okaylah korang ..penat jari kesayangan Eika menaip ..korang pon mesti dah jenuh baca sebab panjang sangat kan ..haha ..bye .assalamualaikum :D

Thursday, 24 April 2014

ANAK KETIGA

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua :D Eika nak tanye korang ..korang tahu kan yang Eika ni anak ketiga dalam keluarga ?ha korang tak tahu ?ermm kesian .. xD hahaha ..okaylah meh Eika bagitahu korang yang Eika ni anak ketiga daripada tiga adik beradik .mm that's mean Eika ni anak bongsulah ..hohoo bangga I jadi anak bongsu :p tapi kan apa ciri-ciri anak ketiga ek ?meh kita semua fikir



let me think it first ..err apa ek ?haha okaylah ..ni yang Eika dapat ..silalah baca ,jangan malu-malu jangan segan-segan ..

1) YAKIN DIRI

-keyakinan diri tu ada bila nak jawab soalan mathematics .haha biasalah subjek favourite tapi sayang spm tak dapat A .huhuu ..confident uh memang melambung tinggi tapi tak boleh nak confident giler nak mam*** sebab confident tu yang akan buat korang lalai dan leka .benda yang senang pon nanti korang boleh wat salah .tell me why ?because your confident level is too high and then you feel that question is too easy for you to answer it .






2) SUKAR BERTOLAK ANSUR

-yang ni ada betulnya .haha ..Eika bila nakkan sesuatu Eika akan pastikan yang Eika akan dapat benda uh .haha tapi benda yang masuk akal jelah .kalau bergaduh antara adik-beradik ,I will make sure that I will win as a winner ..I don't want to be a loser ..haha ..tapi gaduh-gaduh adik-beradik sekejap je .waktu pagi bergaduh ,petang da okay balik ..sebab mesti ada yang mengalah punyalah ..believe me ^_^





3) MUDAH KASIHAN

-part ni akan susah untuk di 'control' .disebabkan sifat kesianlah Eika selalu sangat terpedaya dengan tipu helah hamba-hamba Allah ..apa nak buat .benda dah jadi .redha jelah ..and kalau pergi masjid jamek Eika selalu nampak pakcik-pakcik or makcik-makcik duduk kat tangga untuk minta sedekah ..ermm bukan tak nak bagi ..tapi kita tak boleh percayakan mereka 100% sebab kekadang ada yang bersindiket ..Eika tahu rakyat Malaysia ni terkenal dengan sifat pemurah tapi kita haruslah berpada-pada ,okay ..





4) BOLEH MENYERLAH TAPI MENYEMBUNYIKANNYA

-ha part yang ni betul .hahaha ..sifat pemalu tahap cipanlah yang menyebabkan Eika rasa Eika tak boleh nak rasa sehebat kawan Eika ..hoho ..bila nak buat presentation je mesti gabra semacam ..time duduk cakap kat diri "I know I can do" tapi bila dah berdiri kat depan kelas mesti ada je ayat yang keluar dari otak .contohnya "alamak ,dorang tengok aku ..macam mana ni ,malulah." tett ..kelemahan anda telah pun terserlah ..see .. untuk meningkatkan confident level ,kita hendaklah bercakap dengan diri kita sendiri melalui cermin .lantaklah orang nak kata kita gila ke apa ke ,asalkan kita bahagia ..tapi buat kat rumah jangan wat kat shopping complex ..please ..





5) SIKAP MALAS DAN MANJA

-sikap malas ni jangan cakap kekadang je datang ..memang selalu dia menyinggah .setiap orang memang ada sikap malas .hohoo ..bila sikap malas Eika dah datang ,semua kerja tak jalan .yelah dah nama pon malas siapalah yang nak buat .tapi salah satu punca sebab malas ialah kita ni sering dimanjakan .bila dah manja tu datang mestilah kita malas nak buat en en en ?tapi bila dah kena marah barulah kita buat benda uh ..huhuu kena tengking dulu baru kerja nak gerak ..kalau macam ni sampai bila nak maju ? :p ingat bahawa sikap kemalasan ini pasti akan membawa padah kepada diri anda ..hahahha xD


                 vs 
malas dan manja

6) TIDAK SUKA MENIMBULKAN MASALAH

-Eika memang tak suka timbulkan masalah ..Eika just suka dengar masalah orang lain ..Eika tak naklah puji diri sendiri lebih-lebih ,kang ada jugak yang kata Eika ni riak la apalah .hahha .mendengar masalah orang is more better than membuat masalah dengan orang .betul .disamping kita dengar masalah dorang ,kita boleh bagi nasihat and boleh melawak untuk menghiburkan hati dia .walaupon lawak kita tak lawak tapi sekurang-kurangna kita dah buat yang terbaik :D





7) BERCINTA

-yang ni Eika just boleh cakap "no comment" ..okay sila scroll di bawah kerana di sini tiada huraian panjang melebar ..hahha



 hahah okaylah korang sampai sini jelah Eika menaip ek .kesian jari jemari Eika dok menaip je kerja dia .haha okay #bye assalamualaikum :')