Friday, 9 May 2014

MINAT SAYA

assalamualaikum dan selamat malam you alls .haha hari ni Eika nak tulis mengenai minat-minat yang Eika pendam selama ini ..hahha cewah ..terselit ayat-ayat poyo disitu ..okaylah sebenarnyakan Eika ni banyak sangat minat sampai pening kepala dok fikir yang mana satulah yang nak diasah dulu .sama ada yang itu ke yang ini ke ??




serious Eika tak tipu ..okaylah korang tak percaya meh Eika senaraikan dan ceritakan apa yang Eika minat .
ermm actually Eika minat sangat melukis tapi Eika dapat melukis secara copy and paste sahaja ..maksudnya Eika akan cuba lukis gambar tersebut berdasarkan contoh .Eika takkan dapat melukis dengan baik kalau contoh tu takde .sebab Eika ni bukannya kreatif sampai dapat idea-idea yang menarik nak melukis sesuatu benda tu .
Eika minat melukis gambar kartun .bila Eika free je Eika akan melukis pic tu cantik-cantik .Eika pon minat kalau bab-bab melukis or mereka baju .hahah tapi hasil rekaan baju Eika kureng menariklah .hahaa minat Eika ni haruslah diasah kalau hendak menjadi pereka kan kan kan ?kan bagus kalau lukisan Eika cantik macam ni .tapi jangan tertipu ,ini bukan lukisan Eika .haha lain kali Eika post gambar yang Eika da lukis ,okay .itu pon kalau korang sudi tengok .. :p



tapi en en en bukan nak cakap besaqlah ..haha masa sekolah rendah dulu Eika selalu dapat hadiah and naik pentas sebab hasil lukisan dan mewarna ..Eika ingat lagi masa darjah 4 ,Eika dapat hadiah tempat pertama sebab hasil karya terunggul Eika .haha kalau tak salah Eika masa tu tema dia "Jagalah Kebersihan Taman Kita" ..I get 1st reward .dan Eika ingat lagi hadiah dia apa ..hohoo hadiah dia ialah colour pencil .btw thank you to all my teacher because give an awesome experience and knowledge. i love you .muah muah muah .hahahaa ..okaylah minat yang seterusnya ialah menjahit .



kalau bab menjahit baju yang koyak semua orang pakar kan ?dan Eika pon termasuk jugak dalam kategori tu ..haha nak jahit baju yang koyak uh, bak kata orang puteh "it easy man" ..haha tapi kalau nak jahit baju sebenarnya memerlukan kemahiran yang tinggi ..
korang kena tahu tu jahitan jenis apalah ,macam mana cara nak ikatlah ,macam mana nak inilah ,macam mana nak itulah ..susahkan ?semua benda susah dik oi .tapi kalau ada usaha itu gampang aja ..hahah ..Eika teringin nak jahitkan baju untuk kucing Eika yang manja tu ..hahah manalah tahu en ..rezeki Eika dapat beraya sama-sama dengan dia .teringin jugak nak tengok dia pakai baju kurung yang direka khas untuk kucing ..
bersusah payah tuan dia ni kan ..insya-Allah kalau ada masa saya akan buatkan ..haha tak pon buat masa sekarang suruh makcik buatkan je dulu ..hahha ..ermm the next one is hahahahaaa ..okaylah sila scroll bawah 




korang tau kan amenda kat atas tu ?hohoo Eika tengok orang main gitar macam senang je en en en ?tapi tanpa latihan ia sesangat sangat sangatlah susah ..hahah acah je ..sebenarnya Eika tak tahu pun :p  manalah tahu en kalau Eika ada gitar Eika boleh cipta lagu sendiri ke ?
hoho asyik berangan je en ..ish ish ish ..merosakkan lagu adalah ..suara pon taklah sesedap suara Najwa Latif ,muka tak secantik Siti Nurhaliza ..hahha tapi apa kena-mengenanya ?hohoo kalau ada bakat pasti ada jalannya ..actually saya jeloss tengok orang ada gitar or piano .saya takde bakat dalam bidang muzik ni ..saya hanya boleh menyanyi di dalam bilik air ,dapur and tempat yang paling menarik ialah jeng jeng jeng ..hahha mana lagi kalau bukan pusat karaoke .. okaylah minat yang seterusnya ialah memasak .



masa form 4/5 Eika tak ambil kelas ERT ,tapi Eika amek kelas tasawwur islam ..kalau masuk kelas ERT maybe adalah sedikit bakat untuk membuat kuih ke ,nak masak nasi goreng ke ..
hahaha mehlah Eika terus terang .nak goreng ayam pon Eika takut ..ermm sebenarnya bukan takut ,just mungkin akan terkejut kalau minyak tu tetiba terpercik ..kalau terpercik sakit uh .haha sebenarnya macam kena gigit semut je .cerita nak gempak je kan .
Eika ingat raya ni nak buat kuih hasil tangan sendiri ..manalah tahu kalau sedap ,kita boleh jual kat orang ..boleh dapat untung ..hahaha ..untuk menjana pendapatan dalam kehidupan .takpun kalau birthday family sendiri kita boleh buatkan kek yang sedap ..
ermm Eika dah terbayangkan kek coklat ..mmm yummy sedapnya .haha okaylah ni yang terakhir ..menulis ..



actually Eika minat menulis ..macam sekarang ni Eika sedang berjink-jinak dalam dunia blog tapi Eika taklah sehebat macam blogger-blogger yang lain ..selain tu Eika pon berminat nak wat novel .idea dah ada tapi Eika langsung takde masa nak buat ..sebab Eika busy dengan assignment yang berlambak ..kawan Eika dah berjaya buat novel dia sendiri ..rasanya novel dia belum complete lagi ..tapi otw nak siap ..
dia memang rajin mengupdate kat blog dia ..nama dia ialah Syaza Raihanah ..dia pon  blogger jugak ..kalau korang nak baca novel hasil tangan dia sendiri korang boleh lah pergi kat blog dia .ni link dia syaza-applemints.blogspot.com ..mehlah ramai-ramai singgah blog dia ..novel dia best ..Eika harap Eika dapat hasilkan novel sendiri macam dia ..
selain tu Eika pon suka tulis puisi dan pantun 2-4 kerat ..puisi tu melambangkan isi hati Eika ..pantun akan tercipta apabila mood bosan datang ..haha ..okaylah korang ..penat jari kesayangan Eika menaip ..korang pon mesti dah jenuh baca sebab panjang sangat kan ..haha ..bye .assalamualaikum :D

1 comment:

  1. I saw my name.... Hehe :D Goodluck untuk novel awak juga ^^

    ReplyDelete