Thursday, 12 June 2014

DATE SEHARI BERSAMA SIR

assalamualaikum kepada hadirin semua ..haha 30 mei 2014 yang lalu .Eika dan kawan-kawan Eika telah pon keluar date bersama lecturer kesayangan kami iaitu sir muaz ..sila beri tepukan yang gemuruh kepada beliau ..bravo bravo .haha ..kitorang dok dating kat Universiti Malaya dan Planetarium Negara ..actually kitorang nak pergi Pusat Sains Negara tapi sayangnya ditutup .bhaha .lepas tu tukar plan nak pegi mana ..
mula-mula sir cakap nak pergi zoo negara .then ramai yang kata tak nak pergi sana .haha ..kitorang cadangkan kat sir yang kitorang nak pergi ke Mid Valley .ingatkan bebetul pergi sana rupa-rupanya pergi Planetarium Negara ..ermm takpelah asalkan date kita dapat diteruskan ..bolehlah sir ..marilah saya memulakan cerita ye .
sir muaz kata kitorang kena berkumpul kat cafe kolej pukul 8.30 sebab bas akan gerak dalam pukul 8.40 cam tulah .okay la semua da berkumpul dan kitorang dah diberi taklimat tentang itu dan ini ..lepas tu ketua kitorang pulak yang lambat tapi nasib baiklah bas kitorang tak sampai lagi ..apa punya ketua la .mengantuk sangatlah tu .bila semua dah berkumpul bas pulak tak sampai lagi .kena tunggu sekejap .bas ada problem sikit that's why dia lambat ..kami maafkan ..haha ..kami pon memulakan perjalanan kami ke destinasi pertama iaitu Universiti Malaya ..ini adalah kali yang kedua kot Eika menjejakkan kaki ke sana .tempat dia memang besar .



insya-Allah kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki Eika nak sambung pelajaran kat sana ..kitorang pergi ke sana untuk mendengar sedikit sebanyak kata-kata semangat dari Professor Dr. Mariani .beliau seorang yang baik tetapi seorang yang tegas juga .apa yang beliau kata memang betul bahawa "masa itu nyawa" bukan "masa itu emas" .masa itu nyawa kerana ia amat berharga .beliau amat tidak menyukai orang tidak "on time" kerana ia akan merosakkan produktiviti masa seseorang .ermm betullah tu 
..so korang kalau berjanji pukul 8 ,korang jangan nak keluar rumah pukul 8 ..apa kata keluar awal sikit .pukul 7.45 ke .biar kita cepat sampai dan jangan menyusahkan orang lain .contohnya kalau korang berjanji nak berjumpa pukul 8 tapi pukul 8 baru nak keluar ,baik tak payah keluar .penat orang nak menunggu .kalau orang yang menunggu anda itu selama 30 minit macam mana ?dia boleh belajar kot kat rumah dari buang masa menunggu anda semua .haha kasaq ke ayat saya ni ?takkan ..ni peringatan untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yang membaca .jangan risau jika anda terasa ,saya juga turut terasa ..hahaaha
 ..okay sampai di situ sahaja apa yang dikata prof .lepas tu kitorang dihiburkan dengan persembahan kelas Miss Syazwani .then kitorang menjamu selera lah .dorang masak mee goreng ..sedap kau nyah ..macam nak tambah je .tapi takpelah ..haha .nilah gambar kitorang bersama Professor Dr. Mariani dan lain-lain 



sorilah kalau gambar ni macam tak terang je kan .haha .. okay la destinasi kedua kitorang ialah Planetarium Negara .Seperti yang telah saya nyatakan tadi ,ceh ayat terlalu formal ..haha pon boleh ..kitorang telah menukar rancangan .disebabkan Pusat Sains Negara ditutup kami telah menukar arah ke Planetarium Negara .




okaylah ...mula-mula memang excited ada kat sana tapi lama kelamaan terasa bosan pulak .sebab  apa ?sebab kitorang kena dok kata sana selama 1 jam setengah .tu okayla lagi sebab kitorang kena tunggu para "bodyguard" kami pergi solat jumaat .haha ..ingatkan lepas habis solat jumaat bolehlah kitorang balik tapi sayang kitorang kena tengok tayangan .kitorang pon layan je lah ..
Eika tak tengok pon tayangan uh ..haha Eika tertidur kat dalam tu .maybe penat kot ..macam manalah tak penat seharian berjalan ke hulur ke hilir .Eika ingat Eika sorang je yang tertidur tapi tak sangka ramai juga yang ikut serta ..haha ..korang kena faham ..kitorang teramat la penat .masa menunggu kaum Adam selesai solat jumaat .kitorang duduk merata-rata .Eika sempat baca novel fixie yang bertajuk "kacau" .cerita dia memang seram ..tak boleh nak tidur malam weh ..haha ..mengigau je kerja .
terima kasih kepada najla sebab bagi pinjam sekejap .saya terlayan sekejap dengan cerita tu .hahahaa tapi apa-apa pon kitorang semua memang enjoy masa kat kelas sir .sir penuh dengan kejutan .belajar dengan sir memang fun .kitorang tak terasa sangat stress dia . terima kasih kerana bersabar dengan kerenah kami semua ni ha ..







walaupun hari bersama sir telah berakhir untuk sem 3 ni tapi next sem kita boleh jumpa lagi ..ermm itu pon kalau saya amek kelas ngan sir la .haha ..semua kelas da penuh ..sori saya tak dapat join kelas sir next semester .ohh lupa gambar ni kitorang amek lepas kitorang mengadakan jamuan kecil-kecilan khas untuk kelas kami sahaja .okay ..diorang semua memang happening dan pening Eika dengan dorang .macam-macam gelaran ada .memang best .kelas Early Environmental Science For Children Daebak . okayla ..penat nak menaip  lagi ..esok kita sambung lagi ..bye ..assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment