Assalamualaikum :) diharapkan pagi anda ceria selalu .hari ni Eika nak ceritakan sesuatu .sesuatu ?apakah itu ?hihi ..Eika nak bagitau yang Eika dapat tawaran masuk ke tingkatan 6 *dancing gangnam style* Eika bersyukur sangat sebab dapat tawaran tu .hihii .kawan-kawan Eika pon ramai yang dapat tawaran tu ,tapi boleh dikatakan kebanyakan bekas pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat dapat tawaran tu .. -,-'' Eika dapat tawaran tingkatan 6 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang .kat bawah ni gambar sekolah tersebut .
SMK Hulu Kelang
cantik juga sekolah ni en .nampak macam besar je .Insya-Allah dengan izin-Nya Eika akan sambung belajar di sana .tapi belum diketahui lagi .Eika hanya mampu cakap insya-Allah :) sebab Eika belum beri kata putus yang terakhir .Eika tengah dok fikir ke mana arah tuju Eika sama ada nak masuk universiti atau kolej atau tingkatan 6 .confuse
pening wo
ingat orang tak peningkah ?banyak sangat jalan ,sampaikan tak tahu nak pergi ke mana .bagaimana pula dengan anda ?haha ..mungkin ada yang senasib dengan Eika ,betul tak ?memang betul dalam kepala otak ni tengah serabut nak pilih jalan yang mana satu .ayah Eika kata dia ikut je Eika nak pergi mana sebab dia kata Eika yang nak belajar .ayah tak kisah asalkan Eika pergi belajar dan bukannya buat benda lain .
study hard
lagipon usia Eika kan muda lagi .baru je 18 tahun .muda lagilah kan .hihi ..masih remaja gitu . #MoodPerasan .manalah tahu kan bila Eika sambung belajar Eika boleh berjaya dan tercapai cita-cita yang Eika impikan .
ada halangannya
Eika bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya .insya-Allah suatu hari nanti .doakan Eika ye :)
ceh :P
haha ..dah mulalah nak berangan-angan . xD apalah Eika ni kan .hahahaa ..tapi kalau Eika sambung tingkatan 6 Eika dapat kurangkan kos pembelajaran Eika .jimatlah sikit duit Eika .manalah tahu Eika nak sambung belajar lagi kat universiti untuk ambil ijazah ke ,degree ke ..manalah tahu kan .setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza .sekarang ni Eika kena kejar peluang yang ada .tapi tak tahu nak ambil peluang yang mana .kalau Eika ambil tingkatan 6 ,Eika nak ambil perniagaan .Eika minat sangat dengan business .Eika sendiri tak tahu kenapa.
semua orang nak berjaya ,begitu juga dengan Eika .disebabkan Eika tengah pening nak pilih yang mana ,sampai di sini sahaja Eika menaip ye .hihii ..assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment