Assalamualaikum dan selamat pagi :) sayang apa khabar denganmu ?Eika kat sini alhamdulillah sihat .korang pernah bercinta tak ?hihi .terus terang Eika katakan Eika tak pernah rasakan kebahagiaan dalam percintaan .sebab Eika tak pernah bercinta pon .haha xD
Masih menjadi tanda tanya kat hati Eika apa itu cinta ?Eika memang tak tahu pun .Eika memang tak ada pengalaman .tapi kawan-kawan Eika tahu apa yang sebenarnya dalam hidup Eika .biarlah ia menjadi rahsia .Eika rasa kalau bercinta terlalu rumit .macam nak selesaikan soalan addmath .korang rasa macam mana ?ada tak macam ni ?
Eika rasa soalan addmath lagi senang nak jawab dari cinta .jalan kira percintaan ni boleh buat Eika pening dan malas nak jawab .haha .tapi inilah kenyataannya .Eika lebih suka single .
tapi tak delah sampai bila-bila single .sebelum Eika hidup dengan seseorang yang bergelar lelaki ,Eika nak hidup bebas seperti burung .
biarlah buat masa ni yang kongkong hidup Eika cuma ibu bapa Eika . :) hahaa siapalah yang tak mahu disayangi oleh orang lain selain ibu bapa kita kan? waktu darah masih panas ni mestilah macam-macam kita nak kan ?haha .terus terang Eika pun nak juga disayangi orang lain .tapi apakan daya .Eika takut jadi macam pic bawah ni .
itu hanyalah gambaran sahaja .tapi tak mustahil kalau ia benar-benar terjadi kat Eika kan ?pasti ia menyakitkan hati ,kan ?cinta tak dibalas sememangnya membuatkan perasan menjadi tak keruan .bersedih 24 jam macam orang baru kehilangan anak .
Eika tahu setiap perempuan pasti boleh buat senyuman palsu untuk menutup kesedihan dalam hati . #AmboiAyat .I tell you the truth ,okay .Eika takut kalau Eika bercinta akan jadi macam ni .
Eika takut Eika akan mengecewakan hati orang lain .kalau boleh Eika tak mahu menyakiti hati orang lain .Eika sanggup kalau hati Eika sakit tapi jangan hati orang lain .hati perempuan ni lembut macam gula-gula kapas .so ,wahai lelaki janganlah kamu menyakiti hati kami .kalau boleh sayangilah kami betul-betul .
jangan pernah hancurkan hati kami .hihi :'D Andai bisa Eika nak yang macam ni .insyaAllah
bercinta selepas nikah pun best kot .manalah Eika tahu en .Eika kahwin pun belum .haha ..kalau nak tahu rasanya kahwinlah dengan orang yang kita tak kenal dan tak cinta ,baru tahu rasanya .haha .dan Eika nak ia berkekalan
insyaAllah jika di izinkan Allah .amin .doakanlah Eika bertemu jodoh yang setia bersama Eika hingga hujung nyawa Eika ..semoga Eika pun dapat membahagia si dia yang dapat bertahta dalam hati Eika . #TidakDiketahuiSiapaGeranganItu . sampai di sini sahaja nukilan Eika .hihi ..assalamualaikum :)
huhu ayat ros jiwag giler..
ReplyDelete