Friday, 19 June 2015

IFTAR BERSAMA MEREKA

Assalamualaikum dan selamat tengah hari awak-awak sekalian. alhamdulillah hari ini sudah memasuki hari ke-3 umat Islam berpuasa. so, bagaimana puasa anda semua? jangan berani nak ponteng ye. Allah nampak setiap perbuatan kita di dunia ni. setakat ni Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan bila Eika kerja pun terasa masa tu berlalu dengan cepat. 



Semalam Eika telah iftar bersama kawan-kawan Eika di klcc. hahaha macam dah takde destinasi lain kan selain klcc. nak buat macam mana, kalau pergi wangsa walk, jauh pulak perjalanan dari lrt ke wangsa walk. terima jelah dengan hati yang ikhlas, klcc pun klcc lah janji dapat berkumpul bersama-sama. ha 4 July ni pun nak iftar lagi dan destinasi dia tetap sama iaitu

-_-"

Nasib baik semalam Eika dapat balik kerja on-time, lagipun crew pun ramai apa lagi cabut jelah. actually ikut hati macam malas nak gerak sebab penat baru balik dari kerja tapi disebabkan tak nak kecewakan dorang, Eika pergi jelah. lagipun ada akak tu nak balik sabah dan dia tak dapat join 4 July ni. 


ni gambar sebelum berbuka puasa. kitorang beli makanan pada pukul 7 petang. tak tahu lah nak cakap apa tapi rasanya kitorang beli makanan terlalu awal sebab azan maghrib pukul 7.26 petang. sebelum waktu maghrib tiba, makanan kitorang semua dah sejuk. hahaha redha. masa nak berbuka puasa masing-masing dah tanya

 "eh dah boleh makan ke belum?",
 "dah azan ke belum weh?"
 "kau biar betul dah buka, aku tengok makcik-makcik tu tak makan lagi"

 berkat azan dari masjid berdekatan kami semua telah pun berbuka puasa bersama. ^_^



bazli terlalu banyak cakap masa kitorang semua sedang menjamu selera. even Eika dah pakai earphone pun, Eika tetap tak boleh tahan gelak sebab suara dia lagi power dari lagu yang Eika dengar. tak khusyuk time Eika nak makan. ha kat bawah ni pulak gambar kitorang dah habis makan, licin meja.


selepas selesai menjamu selera di food court, kitorang semua semua menuju ke taman klcc. saje nak tengok suasana malam. ikut perancangan dorang nak pergi tengok wayang tapi disebabkan ramai yang nak balik lepas iftar, rancangan tersebut telah pun bertukar.


kitorang sanggup naik baik semata nak amek gambar kat escalator. ni semua cadangan baz. dia kata dia sanggup naik balik sebab nak amek gambar. haahahhaa memang terbaik! haha tapi gambar tak cantik sangat, biarlah haihh janji ada kan.

meh Eika tunjuk video yang Eika sempat rakam


ehem-ehem syieda jangan jeles aku amek gambar dengan syah. hahaha


gurau-gurau saje meh. :p selamat berpuasa semua

Monday, 15 June 2015

SAHABAT

Assalamualaikum wahai manusia dimuka bumi Allah ini. adakah anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera? Alhamdulillah.. harini Eika dah habis paper untuk semester 6. mulai esok Eika akan bercuti selama 3 minggu. Eika akan masuk kolej kembali pada 6/7/2015, if I'm not mistaken. 



jumpa lagi kawan-kawan. InsyaAllah. ehem-ehem syaza, kita dah habis paper awak bila lagi? hahahha... jangan ambil hati ya, kita gurau-gurau je. harini Eika ada dua paper dan kedua-dua paper tersebut merupakan subjek killing. tak pernah dalam sejarah Eika ambik exam ada 40 soalan mcq, ha yang tu subjek First Aid Course. but actually subjek ni best. Eika tak tipu.

perkara yang korang patut buat sebelum exam ialah menelaah buku dengan tekun dan buat latihan sehabis mungkin. tapi berlainan pula dengan Eika. a day before exam, Eika rancang keluar dengan kawan-kawan time sekolah. sebenarnya Eika dah rancang awal cuma Eika lambat bagitahu dorang. Eika tahu kawan Eika yang sorang tu tengah cuti semester, disebabkan itulah Eika mengajak mereka semua pergi keluar jenjalan. dah terlalu lama rasanya tak keluar dengan dorang. 


#IniSemuaJasaIPhone6Plus

disebabkan ini plan last minute, sorang kawan Eika tak dapat ikut sebab ada kelas dan Eika silap time nak keluar sesama. but that's okay, lain kali kita keluar sesama lagi. mungkin kita dapat berkumpul kembali waktu berbuka puasa ke? mana tahu kan. InsyaAllah dengan Izin-Nya.

Syaza seorang je yang ganjil disitu sebab Eika kenal dia time form 2 sekolah menengah. yang lain tu semua Eika kenal time darjah 2 sekolah rendah. maknanya perkenalan kami sudah mencecah 12 tahun dan persahabatan Eika dengan Syaza pula 6 tahun. wow .. alhamdulillah. semoga persahabatan kita semua akan kekal selamanya. tak kesahlah jarak hubungan kita sebagai kawan berapa lama sekalipun, janji kita tetap saling memahami dan saling sayang menyayangi gitu. hahahaa. walau apapun Eika dan Syaza sehinga kini tak pernah terpisah sebab kitorang masuk kolej yang sama tapi berbeza course.




kitorang berdua selalulah jugak balik together gether sebab haluan kitorang sama. tapi jangan risau Eika sayang semua kawan-kawan Eika tak kesahlah yang dah lama kenal ke atau yang baru kenal. itu semua sama je. tak semestinya hubungan kawan yang lama itu yang terbaik, tapi tak salah rasanya kalau kita dapat kawan yang ramai dan berkongsi cerita bersama. rasanya tak terlambat untuk Eika mengucapkan 
#HappyNationalBffDay.



akhir kata saya Ros Atika Binti Rusdi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam seluruh dunia. semoga bulan ramadhan tahun ini lebih barakah kepada kita semua. tak sabarnya, dua hari sahaja lagi ..