Thursday, 12 June 2014

PRE-SCHOOL LAYOUT

assalamualaikum .sebenarnya hari ni Eika nak tunjuk hasil kerja Eika dan kawan-kawan masa semester 2 .yang ni adalah assignment yang terakhir untuk subject Introduction To Islamic Early Childhood Education. ermm cer je la korang tengok dan nilaikan sendiri .kan Eika puji korang kata Eika bongkak pulak .haha ..




ni poster .kononnya kitorang nak promote tadika kitorang . "Tadika Permata Cahaya" so what you waiting for ?come join us ..register now ..hahaa saje je nak mengetest .agak-agak ada tak ibu bapa nak hantar anak-anak dia ke Tadika kitorang ni .ni bukan betul-betul ye .



ni pulak contoh baju sukan untuk pelajar perempuan .maybe agak simple tapi bolehlah kan .



ni pulak baju sukan pelajar lelaki ..ermm kalau korang tengok ,sebenarnya sama je .yang lain just lengan dia jelah .untuk pelajar perempuan haruslah berlengan panjang bagi menutup aurat .pelajar lelaki pula kenalah berlengan pendek .




baju uniform sekolah bagi pelajar perempuan .sebenarnya kena set dengan tudung .yelah da nama tadika berkonsepkan islamik .tapi kami tak buat sebab jenis tudung semua sama je macam tadika yang lain .





baju uniform lelaki ni sebenarnya t-shirt biasa je .yang warna pink tu ves dia .er amenda tah .tak tahu amenda ..pape jelah kan .haha





ni pulak logo untuk tadika kitorang .kalau tengok betul-betul macam pakcik bermisai kan ?haha ..logo ni ada maksud tersendiri .nama tadika kitorang kan "Tadika Permata Cahaya" .korang nampakkan dua orang budak kat dalam logo tu ?itu melambangkan permata dan matahari itu pulak mewakili cahaya maka terciptalah "Tadika Permata Cahaya" . ^_^





okay yang ni pulak adalah lay out untuk tadika kitorang ..Eika tak reka pon benda ni .Eika just copy and paste sahaja .lay out ni direka oleh kawan kepada salah seorang ahli group Eika .terima kasih kepada beliau kerana telah membantu kami .kami amat menghargainya ..okay sampai di sini sahaja coretan saya ..sekian terima kasih ..assalamualaikum .

DATE SEHARI BERSAMA SIR

assalamualaikum kepada hadirin semua ..haha 30 mei 2014 yang lalu .Eika dan kawan-kawan Eika telah pon keluar date bersama lecturer kesayangan kami iaitu sir muaz ..sila beri tepukan yang gemuruh kepada beliau ..bravo bravo .haha ..kitorang dok dating kat Universiti Malaya dan Planetarium Negara ..actually kitorang nak pergi Pusat Sains Negara tapi sayangnya ditutup .bhaha .lepas tu tukar plan nak pegi mana ..
mula-mula sir cakap nak pergi zoo negara .then ramai yang kata tak nak pergi sana .haha ..kitorang cadangkan kat sir yang kitorang nak pergi ke Mid Valley .ingatkan bebetul pergi sana rupa-rupanya pergi Planetarium Negara ..ermm takpelah asalkan date kita dapat diteruskan ..bolehlah sir ..marilah saya memulakan cerita ye .
sir muaz kata kitorang kena berkumpul kat cafe kolej pukul 8.30 sebab bas akan gerak dalam pukul 8.40 cam tulah .okay la semua da berkumpul dan kitorang dah diberi taklimat tentang itu dan ini ..lepas tu ketua kitorang pulak yang lambat tapi nasib baiklah bas kitorang tak sampai lagi ..apa punya ketua la .mengantuk sangatlah tu .bila semua dah berkumpul bas pulak tak sampai lagi .kena tunggu sekejap .bas ada problem sikit that's why dia lambat ..kami maafkan ..haha ..kami pon memulakan perjalanan kami ke destinasi pertama iaitu Universiti Malaya ..ini adalah kali yang kedua kot Eika menjejakkan kaki ke sana .tempat dia memang besar .



insya-Allah kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki Eika nak sambung pelajaran kat sana ..kitorang pergi ke sana untuk mendengar sedikit sebanyak kata-kata semangat dari Professor Dr. Mariani .beliau seorang yang baik tetapi seorang yang tegas juga .apa yang beliau kata memang betul bahawa "masa itu nyawa" bukan "masa itu emas" .masa itu nyawa kerana ia amat berharga .beliau amat tidak menyukai orang tidak "on time" kerana ia akan merosakkan produktiviti masa seseorang .ermm betullah tu 
..so korang kalau berjanji pukul 8 ,korang jangan nak keluar rumah pukul 8 ..apa kata keluar awal sikit .pukul 7.45 ke .biar kita cepat sampai dan jangan menyusahkan orang lain .contohnya kalau korang berjanji nak berjumpa pukul 8 tapi pukul 8 baru nak keluar ,baik tak payah keluar .penat orang nak menunggu .kalau orang yang menunggu anda itu selama 30 minit macam mana ?dia boleh belajar kot kat rumah dari buang masa menunggu anda semua .haha kasaq ke ayat saya ni ?takkan ..ni peringatan untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yang membaca .jangan risau jika anda terasa ,saya juga turut terasa ..hahaaha
 ..okay sampai di situ sahaja apa yang dikata prof .lepas tu kitorang dihiburkan dengan persembahan kelas Miss Syazwani .then kitorang menjamu selera lah .dorang masak mee goreng ..sedap kau nyah ..macam nak tambah je .tapi takpelah ..haha .nilah gambar kitorang bersama Professor Dr. Mariani dan lain-lain 



sorilah kalau gambar ni macam tak terang je kan .haha .. okay la destinasi kedua kitorang ialah Planetarium Negara .Seperti yang telah saya nyatakan tadi ,ceh ayat terlalu formal ..haha pon boleh ..kitorang telah menukar rancangan .disebabkan Pusat Sains Negara ditutup kami telah menukar arah ke Planetarium Negara .




okaylah ...mula-mula memang excited ada kat sana tapi lama kelamaan terasa bosan pulak .sebab  apa ?sebab kitorang kena dok kata sana selama 1 jam setengah .tu okayla lagi sebab kitorang kena tunggu para "bodyguard" kami pergi solat jumaat .haha ..ingatkan lepas habis solat jumaat bolehlah kitorang balik tapi sayang kitorang kena tengok tayangan .kitorang pon layan je lah ..
Eika tak tengok pon tayangan uh ..haha Eika tertidur kat dalam tu .maybe penat kot ..macam manalah tak penat seharian berjalan ke hulur ke hilir .Eika ingat Eika sorang je yang tertidur tapi tak sangka ramai juga yang ikut serta ..haha ..korang kena faham ..kitorang teramat la penat .masa menunggu kaum Adam selesai solat jumaat .kitorang duduk merata-rata .Eika sempat baca novel fixie yang bertajuk "kacau" .cerita dia memang seram ..tak boleh nak tidur malam weh ..haha ..mengigau je kerja .
terima kasih kepada najla sebab bagi pinjam sekejap .saya terlayan sekejap dengan cerita tu .hahahaa tapi apa-apa pon kitorang semua memang enjoy masa kat kelas sir .sir penuh dengan kejutan .belajar dengan sir memang fun .kitorang tak terasa sangat stress dia . terima kasih kerana bersabar dengan kerenah kami semua ni ha ..







walaupun hari bersama sir telah berakhir untuk sem 3 ni tapi next sem kita boleh jumpa lagi ..ermm itu pon kalau saya amek kelas ngan sir la .haha ..semua kelas da penuh ..sori saya tak dapat join kelas sir next semester .ohh lupa gambar ni kitorang amek lepas kitorang mengadakan jamuan kecil-kecilan khas untuk kelas kami sahaja .okay ..diorang semua memang happening dan pening Eika dengan dorang .macam-macam gelaran ada .memang best .kelas Early Environmental Science For Children Daebak . okayla ..penat nak menaip  lagi ..esok kita sambung lagi ..bye ..assalamualaikum :)


AKHIRNYA

Assalamualaikum semua ..okay hari ni hari khamis .itu bermakna sudah seminggu Eika melalui hari yang sukar iaitu "test jpj" ..haha gerun betul tengok perkataan "JPJ" ...oh lupa pulak yang hari ni Eika final exam sem 3 .doakan Eika berjaya ye .hari isnin next week last paper .wish me luck dear .
untuk pengetahuan koranglah kan ,hihii sebenarnya Eika malu nak share tapi takpelah Eika share kan jela .Eika buang perasaan malu Eika ni jauh-jauh .Eika sebenarnya dah 3 kali menghadap "jpj" kat cheras .haha yang first uh memang gabra gila ,rasanya korang dah tau ape yang jadi .memang fail la jawabnya .Eika fail kat bukit .boleh pulak menggelongsor ke belakang ..bhahaha ..second ,part kat bukit uh dah okay da cantik tetiba Eika lupa step kat parking .terlebih masa pulak .aptb .redha jela ..tapi Eika lulus kat jalan raya .hebat tak ?haha bongkak sudah .
okay yang last alhamdulillah Eika lulus ..tak de problem langsung ..Eika gabra kat tiga penjuru .manalah tahu kalau enjin mati tetiba kena ulang balik kan .nanti duit melayang lagi ..susah hati betul kalau duit asyik melayang je .ermm Eika dok bebel kat korang je en tapi Eika tak mention pon Eika test apa pulak en ?haha tapi rasanya kalau Eika tak bagi tau ,korang da tau punya .betul tak ?anda bijak ?cer la teka ..haha



ha tepat sekali tekaan anda semua ..Eika pi test kereta ..yang kat atas ni kereta Eika la ..cantik kan .ermm memang cantik tapi kereta dalam angan-angan jelah .haha tak mampu wa der nak beli kereta yang cantik ni .kalau dah bekerja mungkinlah kot Eika beli .insya-Allah kalau Allah izinkan .doakan Eika dapat beli kereta ni ek .manalah tahu Eika boleh bawak korang jenjalan ..haha ..angan-angan mak jenin ..


now you are mine !!muahahaha ..gelak jahat ..okay sampai sini jelah untuk kali ni ..jap lagi Eika nak tulis lagi cerita yang tertangguh berminggu-minggu ..haha ..just wait okay ..dan sorry sebab huruf P ni terbalik ..bye bye my love ..hihii ..assalamualaikum