Assalamualaikum pembuka bicara,
Wajib dijawab oleh pembaca,
Pantun direka untuk semua,
Maaf dipinta jika tidak suka.
Jalan-jalan naik perahu,
Tiada minyak barulah jimat,
Baru semalam aku tahu,
Perginya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dua tiga adik berlari-lari,
Mana nak sama dengan Hang Jebat,
Kehilangan dirimu amat bererti,
Kerana kau insan yang terhebat.
Pulang ke kampung hari selasa,
Jauh perjalanan nun ke Tawau,
Tidak mengira suku bangsa,
Ramai orang mengenali beliau.
.............................................................................................................................................