Sunday, 27 July 2014

MALAM RAYA

Assalamualaikum semua :D ermm sedar tak sedar dah sebulan kita berpuasa kan ?ramadhan telah pon melangkah pergi dan kini syawal pula datang menyinggah kita ..so macam mana persiapan raya korang ?semua dah settle kan ?rendang dah masak ?ya Allah sedapnya kalau dapat makan ..tapi sebenarnya Eika tak makan rendang pon ..hahahaa ..

selalunya malam raya korang buat apa ?mesti main mercun kan kan kan ?haha Eika teka je tapi betullah tu .waktu malam raya ni kat tv mesti siarkan "takbir hari raya" ?bila dengar takbir hari raya hati mesti terasa sebak .entah Eika pun tak tahu kenapa ..




mesti ramai yang balik kampung kan ?jelesnya Eika ..huhuu ..Eika raya kat kl je ..biasalah orang takde kampung ..k bai ..Eika berharap tahun ni Eika still boleh dapat duit raya ..Eika ni under 20 so peluang untuk mendapat duit raya adalah besar ..haha nikmatilah malam raya ni dengan riangnya bersama keluarga sanak-saudara ye kengkawan .assalamualaikum

Saturday, 26 July 2014

KAD RAYA

Assalamualaikum kengkawan semua :D today is the second last before raya ..sedih sebab ramadhan dah nak pergi ..huhuu setan pun dah nak keluar .. T_T tapi apapun alhamdulillah sebab kita dapat menunaikan salah satu daripada rukun islam ..korang semua ni dah shopping raya belum ?untunglah dah shopping kan ..Eika ni esok baru nak shopping ..haihh betul-betul last minute Eika shopping ..kalau raya ni mestilah semua nak yang baru kan ?haha kita geng !eh korang pernah tak dapat kad raya sebelum ni ?tak kesahlah 10 tahun lepas ke ,5 tahun lepas ke ,asalkan kad raya ..actually this year i will give kad raya to my friend .not to all my friend ,only certain .Eika kenalah ikut bajet yang Eika ada kan ..Eika dah berniat nak bagi kad raya dari tahun lepas tapi tahun ni yang tercapai nak bagi .ni sebahagian kad raya yang Eika belum bagi ..



comel kan kad raya ni ..hihii kad raya bergambarkan teddy bear tu untuk Eika sendiri ..sebab terlalu cute Eika tak sampai hati nak bagi kat orang ..haha ..Eika beli 25 keping kad raya tapi tak tahu berapa orang yang Eika bagi ..yang Eika ingat Eika dah bagi dekat
crew klcc - kak fieda ,kak yan ,abang kadir ,bazli ,bahrul
kawan kolej - zaty ,ecah ,syada ,syahirah ,adila
so Eika da bagi kat 10 persons .so lagi 10 orang Eika tak bagi lagi ..itu bermakna Eika keep as my own kad raya sebanyak 5 keping ..Eika simpan kad raya tu sendiri sebab Eika tahu takde yang nak bagi kat Eika ..haha ..Eika tak kesah pon orang nak bagi ke tak ,yang penting isi kandungan dalam kad tu yang penting .tapi sekarang ni disebabkan kecanggihan teknologi kad raya semakin lama dilupakan .dulu zaman Eika muda-mudi ,haha setiap kali dah nak cuti sekolah kitorang akan bagi kad raya ..tak kesahlah kad raya tu kecik ke besar gajah ke ,kitorang tetap bagi .Eika still simpan lagi kad raya yang pernah kawan sekolah Eika bagi ..nak tunjuk susahlah sebab kad tu ada kat dalam kotak ..Eika da simpan baik2 .manalah tahu bila dah tua nanti nak tengok kad raya yang Eika pernah dapat kan ..haha ..


yang ni Eika tak dapat bagi ..ada 2 kawan kolej tu tak datang pulak masa hari rabu lepas ,so tak dapatlah saya nak bagi ..huhuu ..sorang kat penang dan yang sorang lagi kat negeri ..takkanlah nak hantar pos ?alamat pon Eika tak ada .terpaksalah Eika bagi seminggu lepas raya ..takpe masih dalam mood raya ^_^ ..haihh Eika nak bagi kat mok tapi nak jumpa lahaii susah ..
ni yang senarai Eika belum bagi - mok ,dut ,kak eton ,zaida ,shaza ,ros ,mas dan encik M ..haihh ..haraplah esok sempat bagi ..doakanlah ye ..okay lah korang sampai sini sahajalah Eika menaip ..bye ..assalamualaikum

Wednesday, 16 July 2014

BETUL KE BOHONG ? #PART 2

Assalamualaikum korang ..hihiii tadi sebelum berbuka puasa Eika ada cerita pasal lesen kan ??okaylahh sekarang ni Eika nak bagitau something ..Eika already got new information yang lesen takkan naik ..YB Khairy Jamaluddin dan YB Liow Tiong Lai dah bagitau kat twitter dia ..memang sahih ..tak percaya ??meh Eika tunjukkan ..Eika baru je screenshot ..








errmm kalau korang tak percaya lagi ,korang pergi sergah acc twitter dorang ..tengok betul ke tidak ..Alhamdulillah dapat jugak Eika ambil lesen motor ..lepas ni boleh la weng weng ..haha ..nak ambil lesen motor sebab senang nak pergi ke kolej ..tolong jangan salah faham ye ..okay ..sampai disini sahaja info nya ..sekian thank you .. assalamualaikum

BETUL KE BOHONG ? #PART 1

Assalamualaikum you alls ..ermm tinggal satu jam je lagi nak berbuka puasa ni ..korang semua berbuka apa ek ?meh la share sikit dengan Eika ..hari ni Eika tak pergi bazar sebab malas untuk kakiku melangkah ke bazar ramadhan .haha ..kalau hari-hari pergi bazar ramadhan koyak lah poket Eika ni :p sekali sekala masaklah sendiri kan ?betul tak ? *padahal mak yang masak ,Eika tolong masukkan dalam perut je .eh Eika ada dengar gossip ni ..nak tau tak ?



aduhai bulan puasa macam ni pon nak bergossip jugak ke ?haha ni bukan gossip biasa ye awak-awak sekalian just nak minta kepastian sahaja ..kalau salah tegurlah ..saya nak tahu jugak sebab saya ni rakyat Malaysia yang hidup sederhana je ^_^ ermm betul ke harga lesen naik ??



Eika tahu benda ni tadi dari kengkawan tapi Eika tak tahulah sahih ke tak ..that's why saya menanya ni ..kalaulah naik apaklah makin koyak poket den ni ha .gaji part-time untuk setahun pun belum tentu lepas ..huhuu tapi nasib baiklah Eika dah lepas ambil lesen kereta ..hahahaa kita bikin cerita ni gempak sikit ..hihii takmo stress-stress ye anda ..cerita itu menyatakan bahawa harga lesen kereta naik sampai RM2K ?? wow orang kaya jelah yang berpeluang ambil lesen ..orang macam kami ni tidaklah ..hohoo ..tapi sayangnya Eika tak ambil lesen motor .sedih sesedih sedihnya ..sob sob ..



dan sambungan dari cerita tadi ,lesen motor naik sampai RM1050 ?aiyoyoo ..mana saya mau cekau itu duit ..menyesal tak ambil lesen motor sekali ..menyesal menyesal menyesal ..tapi ini pendapat Eika lah kan kalau harga lesen naik konfem nanti lebih ramai rempit-rempit tak kiralah muda or tua di jalan raya dan mereka lebih rela disaman daripada ambil lesen ..yelah dorang kata kalau sekali saman RM300 ..haha ..but please demi masa depan kita dan negara silalah ambil lesen ye ^_^ ..ada seorang kawan Eika ni pun kata yang benda ni tak disahkan lagi sama ada harga lesen naik ke tak . eh eh eh ?? macam tu pulak ..pape hal ikutilah perkembangan dari semasa melalui berita ke surat khabar ke ..okay ?sedihh lesen motor da naik ..membonceng jelah Eika untuk seumur hidup ..sekian thank you kerana membaca ..assalamalaikum

Thursday, 10 July 2014

#SAVE GAZA

Assalamualaikum dan selamat malam semua :D kekalkanlah senyuman diwajah anda semua ye ^_^ korang semua tengok bola tak ?tahniah diucapkan kepada pasukan Germany dan Argentina kerana berjaya menempah tiket untuk memasuki perlawanan akhir ..ermm kita disini dok bersorak gembira melihat pasukan kegemaran kita memasuki peringkat akhir tapi kita tak sedar bahawa saudara sesama islam kita di Palestine sedang berjuang untuk meneruskan hidup dan mempertahankan negara mereka .




marilah sama-sama kita mendoakan saudara kita yang berada di Palestine agar mereka dapat terus bertahan untuk mengekalkan negara mereka .setiap tahun mereka menghadapi perkara yang sama ..kita disini hanya mampu berdoa demi kesejahteraan mereka di sana ..terlalu banyak sangat tragedi yang telah terjadi yang mampu membuatkan hati kecil kita sakit dan mata kita mengeluarkan air mata .kesakitan yang mereka alami ,mampu untuk kita rasai kerana kita akan terbayang "andai kita ditempat mereka" apa perasan kita ??


 biarkanlah gambar ini yang berbicara .adakah anda memahaminya ?so renung-renungkanlah .. terlalu berat penderitaan yang mereka hadapi .. ni je pic yang mampu Eika kongsikan ..marilah kita sedekah al-fatihah kepada para pejuang jihad kita ..insya-Allah syurga menanti mereka ..amin .. assalamualaikum :')