Friday, 27 December 2013

UJIAN KOMPUTER

Assalamualaikum ...hihii .hari yang indah, hari ahad bersamaan 24 November 2013 ,Eika telah mengambil ujian komputer untuk lesen memandu ..huhuu ..agak mencabarlah jugak sebab Eika ta dapat nak baca buku dengan sepenuhnya ..Eika busy dengan kerja ..balik kerja Eika da ta dapat buat apa2 ..biasalah penat .kerja ni bukannya mudah ..nak ambil lesen ??jangan cakaplah ..korang kena rajin menelaah buku yang dorang bagi uh barulah korang dapat jawab kesemua soalan akan diberikan . :) percayalah .nilah buku yang Eika dan kena baca sebelum ambil ujian ..


ta daaa 

buku ni banyak sangat tulisan ..pening  Eika dok baca buku ni .macam nak ambil SPM pon ada gak ..stress uh ..takut ta lulus ..dalam buku ni ada 500 soalan yang korang kena jawab sebagai latihan ..kiranya latih tubi kat koranglah untuk lulus ujian ni ..Eika ambil lesen memandu kereta ..hihii ..motorsikal lain kali je lah ..hihii inilah kereta idaman Eika ..


toyota harrier *berangan*

tapi tak salahkan kalau berangan ??manalah tahu satu hari nanti menjadi kenyataan ..kita mana tau rezeki akan datang ?insya-Allah kalau rezeki ada ,maka adalah ia ..tapi Eika ta tau bilah .so buat masa ni berangan-angan jelah dahulu ..bentuk ujian komputer uh lebih kurang macam ni lah


mencabar otak

untuk mendapatkan markah yang tinggi dan lulus ujian ,Eika sarankan better korang baca buku uh berulang kali dan buat latihan banyak kali ..biar korang rasa lali ngan soalan uh ..haha ..lebih baik kita baca berulang kali dari berhabis duit asyik mengulang je .. -_-" nilah kputusan Eika ..tak bagus sangat tapi okay la sebab lulus ^_^


lulus

tarikh/masa/tempat duduk

inilah saat-saat yang dinantikan oleh semua ..muehehehee ..keputusan yang amat membanggakan diriku ..hohooo .. *bangga* haha ..jeng jeng jeng  ..saspens tak ??

my result

hihiii ..amacam ??okay tak ??hohoo ..Eika tahu siapa yang nak ambil lesen ,Eika pasti anda boleh ..anda memerlukan usaha dan bukannya nasib tanpa usaha ,.ingat ye .okay bye ..assalamualaikum

Wednesday, 11 December 2013

FATTAH AMIN

Assalamualaikum semua :D korang tengok tak cerita Playboy Itu Suami Aku ??hohoo untunglah korang dapat tengok .Eika tak dapat tengok cerita uh sebab Eika duduk kat hostel .hostel Eika tak de tv :'( sedihkan ??hostel Eika sunyi sepi ..kosong ..hohoo Eika teringin nak novel dia ..siapa boleh tolong belikan 



cover page


masa tu Eika da try cari kat kinokuniya klcc tapi ta jumpa ppn ..punyalah bersemangat nak baca novel uh ..haha bukan rezeki kot ..nak buat macam aman redha je ..ramai yang cakap cerita ni best ..arghh !!tak dapat tengok perkembangan cerita dia macam mana ..sebenarnya Eika nak cerita pasal HERO Playboy Itu Suami Aku ..haha dia adalah FATTAH AMIN ..arghhhhhhhhh ..



melting tak >.<


Eika melting sangat-sangat kat dia ni ..saya pasti anda pasti melting jugak ..yelah dia ni kan hensem ..okay lah ni biodata dia tapi kalau ada yang tersalah tu ,maafkanlah ye ..saya ni bukannya tahu sangat pon .. :)

Nama : Abdul Fattah bin Mohd Amin
Gelaran : Fattah Amin
Umur : 23 tahun (tahun ni)
Tempat Belajar : UiTM Puncak Perdana, Shah Alam
Pendidikan : Sarjana Muda Industri Kreatif
Drama : Memberku Hawa, Kerana Sarah (slot azalea TV3)
Twitter : Fattah Amin (jangan lupa follow)
Pencapaian : Hero Remaja 2011/2012

mari kita tengok sedikit ja gambar fattah amin ..hihii ..mesti korang tak tidur malam punyalah ..haha ..poyo je ayat Eika ni en .








calon suami xD


nerd


raja adrian

hensemnya dia .. T_T bertuah siapa yang dapat dia ..haha ..*ayat sedih* ..haha eleklah ..dia pelakon mestilah ramai yang yang minat dia kan ,tambahan lagi perempuan ..rasanya kalau jumpa dia depan-depan mesti ramai yang menjerit macam kena histeria ..macam ni ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH ..haha ..semua berlari kat arah dia ..biasalah orang dah kenal dia ..kita kena support pelakon Malaysia ..oh yeahh ..Eika da tak tahu nak cerita pasal dia lagi ..dah tak de cerita ..bye ..assalamualaikum :D




Tuesday, 10 December 2013

AUDITION THEATER

assalamualaikum semua :D hari ni kawan kolej Eika iaitu Najla telah menghadiri menghadiri satu ujibakat teater yang diadakan di kolej kitorang iaitu Kolej Islam Antarabangsa atau nama komersialnya ialah IIC ..haha IIC uh singkatan nama bagi International Islamic College ..hohoo nak jugak promote kolej sendiri ..siap tulis nama bahasa melayu dan bahasa english ..haha saje je tulis ..it's for your information .I share that name for you to know ..okay ..mesti rasa ayat tunggang terbalik kan ?I want to learn the English language sebab setiap kali presentation kami harus bercakap dalam bahasa Inggeris ..naya weh ..haha ..ni dah melencong ke mana da ni .tajuk lain tapi cerita pasal kolej pulak :P I'm sorry ..haha ni la kawan Eika yang Eika mention tadi ..comel kan ??



najla khairina


dia memang comel .itu saya sudah tau ..hahaa ..ingatkan dia ni memain je nak masuk audition bagai ..rupa-rupanya dia serius ..haha lebih kurang macam ni la 



contoh sahaja


Eika sebenarnya nak masuk audition jugak tapi Eika malulah ..yela ..dorang semua yang pandai berlakon ,mempunyai keyakinan yang tinggi ..tak macam Eika ..bila dah naik pentas je menggelabah tak tentu pasal ..malu tahap cipan ..haha pastu tak tahu nak cakap ape ..  :P
maybe bidang lakonan tak sesuai untuk Eika kot .think positive ..hhaaahaa ..tak boleh blah ayat ni ..doakan najla dapat lepas audition ni ..manalah tau kot-kot dia jadi artis ,Eika boleh tumpang populariti ..haha ..gurau je ek ..kalau berkawan tu biarlah ikhlas :) .bye ..assalamualaikum :D

Sunday, 1 December 2013

DINNER -MCDONALD

assalamualaikum :D hari khamis yang lepas Eika dengan kawan-kawan mcDonald area ampang telah pon menghadiri satu majlis makan malam ..haha saje je nak meraihkan setelah penat bekerja ..haha pengalaman yang tak dapat Eika lupakan ..yelah first time experience with member mcDonald ..haha ..beginilah ceritanya bermula ..Eika dengan Linda rancang pergi pukul 5.15 petang ..yela pukul 6 dah nak kena ada kat kelab darul ehsan ,tempat dinner tu berlangsung ..kitorang pon naiklah train berhenti kat klcc dan ambil bas dari klcc ..kitorang ada kat dalam bas lebih kurang satu jam untuk sampai kat ampang point .masa da sampai kat ampang point uh linda terfikir kenapalah kitorang tak naik teksi dari datuk keramat je ??hahaa .tapi kitorang pon jalanlah sebab tak jumpa teksi ..kitorang berjalan dari ampang point ke ampang petronas ..penat wei



jauh perjalanan kitorang


tetiba hujanlah pulak ..haha kitorang pon berteduhlah bawah pokok .nasib baik hujan tak lebat ..tapi menguji keimananlah jugak sebab kena tunggu beberapa minit ..pastu kitorang pon meneruskan perjalanan tapi kitorang tak tahu jalan pon ..iu bermakna kami SESAT !!oh no ..



poningkan ?


kitorang terpaksa ulang-alik kat ampang petronas tu untuk sampai kat kelab darul ehsan ..haha ..#APTB mm tapi akhirnya kami berjaya menemui teksi ..haha 


yeah !!


kitorang sampai kat kelab darul ehsan uh tepat pukul 8 malam ..haha ..orang pertama yang kitorang jumpa masa sampai kat kelab darul ehsan tu ialah Big Boss McDonald Klcc iaitu encik Mustapha Kamal .haha inilah gerangannya


comelkan ?

hihi ..majlis memang meriah .Eika ingat nak tengok persembahan dari crew klcc tapi malangnya kitorang tak sempat ..nak buat macam mana ..dah tak de rezeki .tengok jelah persembahan dari store mcDonald yang lain ..memang best ..banyak lagu korea lah ..haha dorang berlawan dancing ..hohoo tapi crew klcc tak menang pon  ..tak menang asalkan puas ..hihii ..ini sahaja yang dapat Eika kongsikan dengan korang




Eika & linda


baby boy xD


my boys a.k.a bodyguard :P



Eika tak de dalam gambar


kami bersedia untuk berkhidmat


with my little sister


with my cute sister


jasa baik abang kadir


inilah kami !!


thank you sabrina


sampai di sini sahajalah nukilan Eika .insya-Allah kalau panjang umur Eika nak turut serta lagi ..okay bye ..assalamualaikum :D





ALHAMDULILLAH

assalamualaikum semua ..hari ni Eika ingin berkongsikan sesuatu iaitu Eika lulus final exam ..hohoo ...alhamdulillah syukur .terima kasih atas kurniaan-Mu ya Allah ..Eika tak tahu nak kata apa .macam tak percaya je ..mungkin nilah rezeki Eika :) Eika dapat tahu result dah keluar pada hari jumaat ,itupon kawan a.k.a senior Eika kat kolej uh yang bagitahu ..tapi pagi uh Eika dah buka tapi result tak keluar lagi ..masa kat tempat keje dia bagitau yang result dah keluar tapi dia tak tengok lagi sebab dia kata dia takut ..haha ..siapalah yang tak takut nak dapat result kan ??mm tapi Eika bersyukur sangat yang Eika dan kawan-kawan Eika semuanya lulus .



kami telah berjaya :)


mungkin ini semua hasil daripada pembelajaran yang telah kami lalui .susah senang dihadapi sebaik yang mungkin untuk mencapai keputusan yang cemerlang ..Eika kalau boleh ingin semua orang berjaya .tapi untuk berjaya kita mestilah mempunyai perancangan yang betul dan yang boleh membawa kepada kejayaan .



study plan


tapi kita hanyalah manusia biasa ..kita yang merancang dan Allah yang menentukan ..kalau sudah tertulis yang kita akan berjaya maka berjayalah kita ..insya-Allah ..tahiniah kepada roomates Eika iaitu shaza raihanah ,nadzirah dan izzati shazwani kerana anda telah berjaya ..walaupun kita study last minute tapi usaha kita yang telah membawa kita kepada kejayaan ..next semester kita fight lagi ye walaupun kita berlainan course ..tapi course kita sama-sama susah ..jangan risau semuanya pasti ada masa depan ..hihii ..okay lah sampai di sini sahaja coretan saya :D assalamualaikum