Monday, 10 December 2012

TIPS PENGAWALAN BERAT BADAN

Assalamualaikum .Hari ni Eika nak share something ngan korang ..haha ..sejak cuti sekolah ni ,berat badan Eika naik uh sebanyak 0.5 kg .. :'( mmm ..macam manalah tak naik ,asyik buat benda yang sama je .makan tidur makan tidur ..itu memang aktiviti harian yang wajib kalau cuti sekolah . XD ..sekarang ni Eika berusaha untuk mengurangkan berat badan tapi entah menjadi ke tidak ..harap-harap menjadilah ye ..antara tips pengawalan berat badan yang Eika ikut ialah :
-Makan makanan yang rendah kalori dan tinggi nutrien 
-Jangan makan di hadapan televisyen 
-Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kalori
-Makan mengikut piramid makanan
-Jangan sesekali melakukan 'crash diet'
-Elakkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan
-Sibukkan diri dengan aktiviti yang menyihatkan 
-Makan pada masa yang tetap
-Bersenam 3 kali seminggu selama 30 minit
-Makan lebih-lebihan buah-buahan dan sayur-sayuran 
-Bertekad untuk mengurangkan berat badan 0.5 kg seminggu 
Insya-Allah akan menjadi kalau kita berusaha ..Eika pon akan sedia upaya untuk merajinkan diri melakukan aktiviti seperti di atas setiap hari .itupon kalau laratlah ..manalah tau en tetiba jadi macam ni 
haha ..okeylah sampai di sini sahaja ..kalau panjang umur kita pasti akan bertemu lagi ..Insya-Allah  ..Assalamualaikum :o



makan makanan yang sihat



pastikan kurang minyak

piramid makanan



jangan ambil ubat yang membahayakan kesihatan


gym



tolonglah jangan tamak

buat gym sendiri kat rumah



exercise


makanlah pelbagai jenis buah-buahan


sayur ?Eika minat sayur bayam je 



jadi malu nak ukur berat badan ye .. :)


manalah tau kan

Friday, 20 July 2012

TENTANG SAYA

Assalamualaikum. Nama saya Ros Atika bt Rusdi. Korang boleh panggil Eika. Eika anak yang bongsu. Kata orang anak yang bongsu ni anak yang manja. Betul ke? mm betullah kot. Tahun ni Eika ambil SPM. Satu apa pun tak prepair lagi. Takutlahh..Tapi Eika kena berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan. Eika target 10A .Harap-haraplah dapat. Amin. 

it's me

Eika ada ramai kawan tapi kawan Eika yang rapat ialah Rosfitrisha, Syaza Raihanah, Syahirah Zaini, Nur Zahidah, Zainaton dan Mas Emi Fazlin. Dorang ni baik and happy go lucky. Ros ,Syahirah ,Zaida ,Zainaton dan Mas ,Eika kenal dorang time sekolah rendah. kiranya kitorang ni dah lama bersamalah. Eika kenal Syaza time sekolah menengah.

Syaza Raihanah-Eika-Syaza Liyana-Syahirah Zaini-Zahidah


Eika ada sepupu yang sama umur ngan Eika. Nama dia Linda. Dia ni memang gila-gila. tapi kadang-kadanng dia buat orang stress. Dia buatkan hari-hari Eika ceria. Eika dah anggap dia macam adik Eika sendiri. Dia jelah adik Eika di dunia dan akhirat. AMIN.




Eika ni jenis yang sensitif sikit. bila tengok cerita sedih je, Eika mesti nangis. Tak tau kenapa. Maybe terlalu menghayati kot. Tambahan lagi movie Titanic. Movie uh sweet and sad. Memang tak cukup satu kotak tisu. rasanya sampai sini sahajalah Eika menaip .Penat nak taip panjang lebar ..Kalau ada rezeki dan panjang umur Eika akan post lagi ..Assalamualaikum :)